Siakap Keli
Kredit: Google

Jangan Sesekali Bagi Kad ATM Pada Orang Lain, Ini Nasihat Peguam Tentang Scammer Guna Nombor Akaun Bank Kita

Dalam dunia sindiket (scam), biasanya kes yang kita selalu terdengar adalah scammer menggunakan gambar wajah kita untuk tujuan jenayah. Pada kita, itu mungkin tidak sebesar mana. Boleh saja jika wajah kita terpampang di mana-mana iklan sindiket, kita boleh membuat kenyataan penafian.

Tapi tahukah anda, ada satu lagi jenayah lebih berisiko yang scammer boleh buat, iaitu menggunakan nombor akaun kita dalam modus operandi mereka. Bagaimanakah ianya terjadi? Jangan terkejut, salah satu sebabnya adalah disebabkan kita yang pernah memberikan kad ATM kita kepada orang lain.

Nak tahu penjelasannya? Mari ikuti perkongsian oleh peguam jenayah Mufarwa Farid (gambar) di bawah ini.

Scammer guna nombor akaun kita

Dalam isu scammer, kalau scammer tu menyamar guna gambar dan nama kita tu, tidaklah menakutkan sangat.

Yang paling menakutkan adalah apabila scammer tu menggunakan akaun bank kita sebagai tempat bank in helah mereka.

Macam mana scammer ni boleh gunakan akaun bank kita?

  1. Kita pernah pinjamkan kad bank pada orang lain
  2. Kita pernah pinjamkan kad bank pada orang lain, lepas tu siap bagitau nombor pin
  3. Kita terpaksa bagi kad bank pada orang lain. Biasanya sebab kita berhutang dengan Along.
  4. Dah lah dipaksa bagi kad bank, kita dipaksa pula bagi nombor pin kepada Along tersebut.

Sebab itu, kalau kad bank hilang saja, terus lapor polis, dan hubungi terus bank supaya shut down kad kita. Immediately. Jangan bertangguh.

Apabila scammer gunakan nombor akaun anda untok buat aktiviti scam, polis akan buat dapatan bahawa anda lah orang yang buat scam tersebut.

Anda dikira sebagai scammer tersebut, walaupun anda dah tak guna lagi akaun bank tersebut.

Akhirnya, anda dihadapkan ke Mahkamah kerana dengan curangnya mengalihkan wang mangsa scam tersebut. Bakal kena penjara 5 tahun atau denda.

Saya pernah lihat, seorang perempuan tua dihadapkan di Mahkamah atas tuduhan scam. Rupa-rupanya anak dia gunakan kad bank dia, bagi kat Along sebagai jaminan, lepas tu Along gunakan kad bank tu sebagai tempat landing scam diorang.

Bayangkan, anak kandung sendiri pun tergamak buat macam tu, apatah lagi orang lain.

Jadi, jangan sesekali berikan kad bank atau nombor pin kepada sesiapa pun, hatta keluarga kita sendiri.

Sebar-sebarkan.

Gambar: Satria Risk Mitigation

Sumber: Mufarwa Farid

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'