Siakap Keli

Kenapa Digalakkan Berbuka Dengan Benda Manis? Tak Sangka Ini Kebaikkan & Penjelasan Sains

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Secara umumnya, semua sudah pun tahu bahawa umat Islam ketika ini sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Selain menjadi bulan ibadah, Ramadan juga ditunggu-tunggu kerana kemeriahan bazarnya yang menjual pelbagai juadah berbuka, yang mana memang susah untuk kita cari di bulan-bulan lain.

Walaupun kali ini, suasana bazar tidak semeriah 2 3 tahun yang lalu disebabkan perlu mematuhi SOP ketat ekoran pandemik COVID-219, namun juadah-juadah berbuka yang lazat masih lagi boleh dicari.

Ada ayam golek, ayam percik, ayam madu, kambing bakar, nasi kerabu, briyani gam dan pelbagai lagi. Namun, biasanya kita digalakkan untuk berbuka puasa dengan makanan yang manis-manis terlebih dahulu kan? Contohnya buah-buahan seperti kurma, tembikai, epal dan lain-lain. Kadang-kadang air pun kita lagi ‘berselera’ nak minum air yang manis juga.

Tapi tahukah anda, kenapa kita digalakkan untuk berbuka puasa dengan makanan manis? Bukankah makanan yang manis-manis itu biasanya tidak sihat untuk kesihatan kita.

Tenang, sebenarnya ada penjelasan daripada sudut sains mengapa kita perlu berbuka puasa dengan makanan manis. Jom ikuti perkongsian oleh laman portal kesihatan Hello Doktor di bawah ini.

Mengapa Perlu Berbuka Puasa dengan Makanan Manis?

Gambar: Hello Doktor

Sejak kecil kita diajar untuk berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis. Walaupun tidak mengetahui manfaat sebenarnya, tradisi itu diteruskan hingga kini. Berbuka puasa dengan makanan manis bukannya sesuatu yang harus dan tidak juga dilarang, asalkan tidak berlebihan.

Baca artikel ini untuk mengetahui sebab anda perlu berbuka puasa dengan sesuatu yang manis.

Tenaga berkurang semasa berpuasa

Semasa berpuasa, proses fungsi tubuh iaitu metabolisma akan perlahan. Ini kerana makanan yang diambil ketika sahur telah banyak hilang selepas melakukan aktiviti seharian. Ini kerana sepanjang berpuasa tiada pengambilan makanan dan menyebabkan tenaga berkurang. Jadi, anda perlu berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis kerana ia berperanan mengembalikan tenaga dan stamina tubuh yang telah hilang dengan cepat.

Makanan dan minuman manis cepat dihadam

Sesuatu yang manis adalah sumber kalori yang mudah untuk diproses oleh tubuh dengan cepat. Disebabkan ini ia amat disarankan untuk berbuka puasa dengan manisan. Selain mengembalikan tenaga yang hilang, rasa manis dapat meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh membuatkan tubuh bersemangat dan tidak lemah. Peningkatan kadar gula ini membantu mengembalikan fungsi metabolisma tubuh kepada normal.

Dipetik daripada esquire.co.id (24 Mai 2017), mengenai sunnah Rasul untuk berbuka dengan manisan, Dr. Fiastuti menjelaskan bahawa tujuan sebenarnya adalah mengembalikan kadar gula darah semasa berpuasa lebih dari 12 jam.

Ambil secukupnya

Semasa berbuka puasa, sebaiknya mengambil makanan dna minuman manis yang semula jadi seperti kurma dan buah-buahan manis kerana ia megandungi banyak air. Buah-buahan ini juga dapat mengembalikan cecair tubuh dan mencegah tubuh daripada dehidrasi selepas seharian berpuasa.

Walaubagaimana pun jangan ambil makanan manis terlalu banyak kerana ia tidak baik untuk kesihatan yang mendorong kepada masalah diabetes dan pertambahan barat badan. Keadaan kesihatan ini juga boleh menjejaskan anda untuk menjalani puasa.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'