Siakap Keli

Nak Kurus Tak Perlu Berlapar, Boleh Makan 5 Kali Sehari Jika Ikut Diet ‘Eat Clean’ Ini

Pelbagai cara untuk kurus yang diketahui ramai. Salah satunya makan makanan yang seimbang, pengambilan suplemen.

Terdapat juga tips-tips yang dikongsikan oleh pakar ataupun pengalaman seseorang individu itu.

Hello doktor memberikan tips diet terbaru iaitu clean eating.  Secara ringkasnya ialah pengambilan makanan berkhasiat tepat untuk individu yang ingin tampil kurus disamping menjaga kesihatan.

Apa itu tips diet eat clean?

Trend clean eating atau eat clean ini mengetengahkan tips diet ‘bersih’ yang terdiri daripada makanan yang tidak diproses tanpa bahan tambahan serta pengawet.

Selain itu, menu diet eat clean tidak patut mengandungi sebarang pewarna dan perasa tiruan.

Kategori menu diet ini agak besar dan tidak terlalu spesifik. Anda boleh makan apa sahaja asalkan ia asli, organik dan tidak diproses.

Pengamal menu diet eat clean kebiasaannya akan makan sebanyak lime ke enam kali sehari untuk elak kelaparan dan mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah.

Biasanya mereka yang mengikuti diet ini akan patuh dengan makanan berunsurkan buah-buahan, tenusu tanpa lemak, sayur-sayuran, bijiran penuh dan protein tanpa lemak.

Selain itu, mereka selalunya akan menolak keras junk food kecuali ketika hari cheat day mereka.

Pengamal menu diet ini akan mengelak makanan yang mengandungi lemak tidak baik seperti lemak tepu, air berkarbonat, minuman berkalori tinggi dan lain-lain.

Bunyi macam menarik kan? Tapi tunggu! Fahami dahulu konsep clean eating ini secara mendalam, sebelum anda memutuskan untuk mengamalkan diet ini.

Fakta tips diet eat clean yang harus anda ketahui

Berdasarkan kajian ahli diet berdaftar, Sally Kuzemchak mengenai clean eating, berikut adalah hasil dapatannya:

#1 Hampir semua makanan diperbuat daripada bahan kimia

Gambar sekadar hiasan

Eat clean sering mengetengahkan makanan organik dan tidak diproses.

Namun, tahukan anda bahawa air juga terdiri daripada bahan kimia? Jika anda benar-benar ingin elak makanan yang mengandungi racun perosak sintetik dan racun rumpai, pilihlah makanan organik yang diperakui.

#2 Clean eating tidak semestinya bermoral tinggi!

Isu ini agak kontroversi kerana diet eat clean sering menekankan bahawa anda harus makan dalam cara yang spesifik (makanan organik yang mahal dan jenama tertentu) barulah anda dapat dikategorikan sebagai pengamal diet eat clean.

Ia tidak sepatutnya ditentukan begitu kerana makanan tidak patut disamakan dengan moral. Ini kerana makanan tidak menentukan kebaikan dan keburukan seseorang.

#3 Definisi clean eating itu luas

Diet ini tidak hanya bergantung kepada makanan rendah lemah ataupun organik. Ia mungkin membawa maksud yang berbeza-beza terhadap setiap individu.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas, lihat contoh yang kami berikan ini.

Ali memandang eat clean sebagai diet bebas gluten dan tenusu. Namun, Jenny menganggap clean eating ini sebagai diet vegan yang organik dan berkualiti tinggi.

#4 Diet eat clean tidak semestinya sihat

Istilah makanan berkhasiat dan bernutrisi tinggi seringkali digunakan oleh para pemasar untuk ‘menjual’ produk mereka dengan memberikan gambaran makanan yang menyihatkan.

Sebelum anda membeli sebarang produk bernutrisi di pasaran, lakukan research terlebih dahulu terutamanya terhadap bahan-bahan yang digunakan.

Jangan mudah terpengaruh dengan promosi yang diuar-uarkan tanpa pemeriksaan yang mendalam agar anda tidak terjerumus dengan pembaziran.

#5 Bahan-bahan yang sukar disebut tidak semestinya tidak bagus

Apabila anda mencari makanan-makanan yang berkhasiat, anda mungkin keliru dengan istilah-istilah bahan yang digunakan.

Anda mungkin menggangap makanan sihat itu sinonim dengan bahan-bahan ringkas yang anda familiar.

Jangan takut, kerana sesetengah produk makanan hanya menggunakan nama saintifik bagi sesetengah bahan. Contohnya, asid asetik (cuka) atau natrium bikarbonat (soda penaik).

Kesimpulan

Jika anda sedang berdiet, disarankan untuk anda mengamalkan diet eat clean ini. Anda perlulah mengamalkan tips diet yang betul berdasarkan fakta-fakta yang dikongsikan.

Eat clean ini sangat bermanfaat untuk anda dan jangan lupa sertakan bersama dengan aktiviti senaman yang bersesuaian dengan anda.

sumber: Hello Doktor

Atiqah Aliah