Siakap Keli
Kredit: Google

Ramadan Terakhir, Ibu & Anak Ditemui Lemas Dipercayai Jatuh Titi Ketika Pulang Dari Terawih

Bagaikan Ramadan terakhir, seorang ibu berusia 35 tahun bersama anak perempuannya, 11 tahun ditemui mati lemas di sebuah sungai di Pangandaran, Jawa Barat.

Ketika itu dua beranak berkenaan sedang dalam perjalanan pulang dari solat tarawih ke rumah mereka pada Selasa malam baru-baru ini.

Ketua Kampung Pamotan, Andi bagaimanapun mendakwa, segalanya bermula apabila mereka berdua meniti sebuah jambatan untuk melintasi sungai di kawasan tersebut.

“Ketika dalam perjalanan pulang, mereka melintasi sebuah jambatan reput di satu laluan. Namun dipercayai jambatan tersebut terpatah lalu akhirnya ibu dan anak itu terus terjatuh ke dalam sungai.

“Bagaimanapun akibat tidak pandai berenang, mereka hanyut dibawa arus deras sungai dan akhirnya meninggal dunia akibat lemas,” katanya kepada pemberita.

Walaupun tiada orang lain yang berada di lokasi kejadian ketika itu, namun ‘misteri’ kehilangan dua beranak itu terjawab apabila penduduk di sekitar mula mengesan bau busuk.

Tidak sampai 48 jam, akhirnya mayat mereka berjaya ditemui salah seorang penduduk di kampung berkenaan pada keesokan harinya.

Berikutan keadaan mayat yang sudah ‘tidak elok’, maka jasad si ibu dan anak itu dimandikan dan dikebumikan segera di Tanah Perkuburan Desa Pamotan.

Sumber: Kompas

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'