Siakap Keli

Sayu, Ibu Tunggal Sara 3 Anak Dan ‘Rider’ GrabFood Patah Kaki Kiri Lepas Elak Dari Terlanggar Anjing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan yang boleh menggambarkan nasib yang menimpa seorang ibu tunggal apabila terlibat dalam kemalangan, baru-baru ini.

Mangsa, Faridah Mustafar, merupakan seorang penghantar makanan (rider) GrabFood secara sepenuh masa kini hilang punca pendapatan untuk menyara tiga anaknya yang masih bersekolah setelah patah kaki kiri akibat kemalangan tersebut.

Menerusi perkongsian oleh Fatin Anisah di Group Facebook GrabFood Malaysia, sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa sekeluarga boleh berbuat demikian menerusi maklumat yang tertera di bawah.

Assalammualaikum sahabat grab… Marilah kita sama-sama membantu seorang sedikit rakan seperjuangan kita yang baru sahaja kemalangan (mengelak dari langgar anjing), patah kaki kiri..

Mangsa adalah ibu tunggal kepada tiga anak yang masih bersekolah dan full time grabfood… yang ikhlas untuk memberi sumbangan boleh direct bank in ke akaunnya: 

Maybank
162012975549
Faridah Binti Mustafar
Public bank
Faridah Bt Mustafar
6823641735

Semoga Allah memberkati sumbangan anda di bulan puasa yang mulia ini aminnn.

**** UPDATE *****

ACC LIMIT PER HARI, KALAU TAK BOLEH MAYBANK BOLEH CUBA PUBLIC BANK… KALAU TAK BOLEH JUGAK KENA TUNGGU HARI ESOKNYA UNTUK TRANSFER …. TERIMA KASIH BAGI YG IKHLAS MEMBANTU ..

YANG NAK BAGI SUMBANGAN DI RUMAH , BELIAU TINGGAL DI RAWANG , BOLEH PM SAYA UNTUK DETAIL ALAMAT.

Sumber: GrabFood Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.