Siakap Keli

(Video) “Dah Macam Vandalisme,” Mak Acah-Acah Nak Buat ‘Sky Look’ Dalam Bilik Anak, Ini Hasilnya

Tular di media sosial, sebuah video pendek yang ‘berjaya’ membuatkan ramai warganet terhibur apabila meraih hampir 500 ratus ribu tontonan dalam tempoh 24 jam dimuatnaik di TikTok.

Video yang dikongsikan oleh seorang gadis di akaun TikTok cutcame itu menunjukkan hasil lukisan spray ibunya di syiling bertemakan ‘gravity sky look’.

Namun, ‘bakat seni’ seorang ibu yang terpendam menjadi sebaliknya apabila kelihatan seperti contengan di dinding sekolah sekaligus mengggelikan hati ramai.

Mak aku cakap ni ‘hidden talent’ yang harus dipendam..

@cutcame

Mak aku cakap ini hidden tallent yang harus dipendam #foryou #fyp

♬ original sound – Cutttttttt – Cutttttttt

 

Hasil mak aku ni dah ‘final look’..

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen memberikan pendapat masing-masing berkenaan lukisan tersebut. Ada yang mengatakan ianya terlalu ‘berseni’ sehingga tak dapat dinilai dengan mata kasar.

Walau apa pun, pujian harus diberikan untuk usaha ibu yang gigih mendekorasi bilik anak walau pun hasilnya tidak seperti yang diinginkan.

Dah macam bilik bomoh dalam movie seram

Aku gelak sampai nak menangis

Hanya orang imaginasi tinggi dapat tengok langit tu

Sumber: TikTok cutcame

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.