Siakap Keli

(Video) Dipercayai Ada Ketam Gergasi, Ini Misteri Pulau Nikumaroro Buat Anda Tak Nak Tidur Di Sini

Korang pernah tak dengar tentang kisah di Pulau Nikumaroro? Pulau ini terletak di bahagian kepulauan Phoenix, Kiribati dan di barat lautan Pasifik.

Namun, para pelancong tidak digalakkan ke sana malah tidur di kawasan tersebut kerana beberapa sebab.

Perkongsian daripada Hafizuddin menerusi laman Tiktoknya merungkai kenapa pulau Nikumaroro tidak pernah didiami manusia?

@hafizuddinmuhd18

Jangan pernah tidur di Nikomaroro Island#shouldbeme #foryoupage #fyp #tiktokmalaysia #tiktok #tiktokguru #learnontiktok

♬ Oh No – Kreepa

Dakwanya di dalam video tersebut, pulau ini pernah menjadi tumpuan dunia setelah berlaku kehilangan seorang juruterbang wanita yang memandu kapal terbang di kawasan itu dan terhempas di pulau tersebut.

Setelah bertahun lamanya, pada tahun 2017 ahli forensik mengesahkan tulang mayat yang dijumpai adalah milik juruterbang tersebut.

Teori yang ditemukan, mangsa dikatakan tidur di tepi pantai setelah tersadai di pulau tersebut. Namun, mayat mangsa dikatakan telah dihancurkan oleh ketam yang bersaiz gergasi yang menghuni di pulau tersebut.

Namun, sejauh mana kesahihan kisah teori ini?

 

Sumber: Hafizuddin muhd

Teringin Nak Set Tilam Ala-Ala Hotel 5 Bintang, Ini Tilam Jadi Rebutan Ramai Siap Boleh Try Dulu 100 Hari, Tak Suka Boleh ‘Return’

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang