Siakap Keli
Gambar: Naufal

(Video) Kereta Jadi Wangi, Abang Ni Beli Pewangi ‘Baik’ Kat Mr. DIY & Harga Tak Sampai RM12

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tanyalah siapa-siapa pun pemilik kereta, boleh dikatakan kebanyakannya mesti akan menjaga kenderaan mereka itu elok-elok. Pantang kotor, terus dibersihkan, asal berbau tak sedap, terus diwangikan.

Bercakap soal bau tak sedap dalam kereta ini, mungkin ramai yang anggap kena letak pewangi kereta paling berkualiti, biasanya didatangkan dengan pelbagai jenis bau seperti lavender, alam, serai dan banyak lagi.

Pewangi yang betul-betul berkualiti dan tahan lama biasanya agak mahal. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada sejenis pewangi yang agak murah dan boleh dapat di kedai biasa saja.

Seorang warga Twitter, Naufal Antezem baru-baru ini berkongsi sejenis pewangi kereta berharga mampu milik serta dipercayai mampu ‘mengembalikan’ semula bau asal kereta. Jom ikuti bebenang ini.

Lihat cara-cara menggunakannya di bawah ini.

 

 

 

Kalau Mr. DIY jauh, beli je kat Shopee.

Sumber: Twitter Naufal Antezem

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'