Siakap Keli
Gambar: Furqan Fawwaz

(Video) Mikrofon Tak Bunyi Semasa Imamkan Terawih, Pakcik Jadi Hero Selamatkan Keadaan

Tanggungjawab sebagai imam bukan mudah. Berdiri di hadapan ramai makmum yang ada antaranya lebih berusia dan berilmu, sedikit sebanyak boleh membuatkan kita gugup. Apatah lagi jika perlu mengimamkan solat yang memerlukan kita untuk menguatkan bacaan seperti solat Subuh, Maghrib dan Isyak, risau juga jika tersilap tajwid atau suara tak berikan kerjasama.

Semalam, seorang pemuda, Furqan Fawwaz telah berkongsi pengalaman hari pertamanya menjadi imam tarawih pada Ramadhan tahun ini. Mungkin dek kerana debaran, mikrofon yang dipakai tidak berfungsi ketika memulakan solat, membuatkan makmum tidak dapat mendengar bacaannya.

Mujur seorang pakcik berjubah putih datang menyelamat dengan membetulkan mikrofon tersebut. Apa yang menarik perhatian ialah reaksi pakcik berkenaan tatkala meneliti sekeliling seakan memikirkan apa yang perlu dilakukannya. Rata-rata memuji tindakan warga emas berkenaan yang dilihat comel, tak kurang juga ramai yang mendoakan beliau.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 1.9 juta tontonan dengan 298.9 ribu tanda suka.

Beli jubah lelaki disini

Beli kopiah disini

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

Detik mendebarkan, hari pertama tarawih 2021

@furqanfawwaz

Nasib baik pakcik tu selamatkan keadaan, kalau tak habis jemaah belakang tak dengar suara aku

♬ bunyi asal – Furqan Fawwaz – Furqan Fawwaz

Tak semua hero pakai mantel, sesetengahnya pakai kopiah

Comel je masa pakcik tengok kiri kanan

Semoga pakcik dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik

Aku sayang pakcik tuu

Apo bondo ehh jang tak donga pun

Sumber: Furqan Fawwaz

BACA: “Tak Sabar Travel Semula”, Tiga Restoran Mesra Muslim di Tokyo Ini Akan Buatkan Anda Rasa Selamat Walau Travel Lepas COVID-19

BACA: Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini