Siakap Keli

(Video) Tak Susah Pun, Hanya Ikut Empat Cara Mudah Ini Untuk Hilangkan Iklan Di Google Chrome

Tak perlu dinafikan lagi, setiap orang pada masa kini pasti menggunakan telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi canggih.

Manakan tidak, ia menjadikan setiap urusan kita dipermudahkan. Apa saja maklumat yang ingin diketahui boleh dicari di dalam peranti itu.

Bagi pengguna Android, Google Chrome menjadi aplikasi yang sangat penting bagi mendapatkan segala maklumat.

Pun begitu, setiap perisian yang dimuat turun di dalam telefon pastinya mempunyai ‘harga yang perlu dibayar’. Kebiasaannya, setiap aplikasi mempunyai iklan yang tersangat banyak.

Mungkin ada di antara anda yang pernah merasa stres kerana terpaksa berhadapan dengan iklan-iklan tersebut semasa membuka Google Chrome.

Tapi anda tidak perlu risau lagi, ada cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan semua iklan itu di Google Chrome.

Menerusi video yang dimuatnaik pengguna TikTok, Paramuda, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah sahaja untuk menghilangkan iklan itu. Ikuti perkongsian video di bawah ini.

Pertama, anda perlu klik pada tiga titik di atas tab Google.

Setelah itu, buka tetapan dan klik pada tetapan laman web.

Akhir sekali, anda akan menjumpai tetapan iklan yang membolehkan anda untuk menetapkan agar iklan-iklan di laman web itu disekat.

Nak tahu dengan lebih jelas, jom tonton video di bawah ini.

@paramuda.id

Semoga terbantu. #jarofheartschallenge #MulaiDari100 #Google #Chrome #Paramuda

♬ Bang Bang Bang – ito!

Sumber: Paramuda

Sofea

There's always another side to every story