Siakap Keli
Gambar Via The New York Times

(Video) TERKINI: Amerika Sekali Lagi Digemparkan Dengan Insiden Serangan Tembakan, Sekurang-kurangnya 8 Orang Disahkan Maut Setakat Ini

Satu insiden tembakan dilaporkan telah berlaku di gudang FedEx di Indianapolis, Amerik Syarikat pada awal pagi ini (waktu tempatan) dengan beberapa orang telah ditembak.

Menurut BNO News, sekurang-kurangnya 9 orang dilaporkan terkorban, termasuk penyerang yang disyaki menembak diri sendiri.

Pegawai dari Jabatan Polis Metropolitan Indianapolis, Genae Cook memberitahu pemberita bahawa terdapat beberapa orang yang cedera dengan kesan luka tembakan.

Kejadian itu berlaku di gudang FedEx di sebelah barat daya bandar itu yang berhampiran dengan lapangan terbang.

“Keselamatan adalah keutamaan kami dan kini kami sedang mengumpulkan maklumat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang melakukan penyiasatan,” kata jurucakap FedEx, Jim Masilak.

Sumber: The New York Times

Sofea

There's always another side to every story