Siakap Keli

Viral Iklan Promosi Judi Online, Penerbit & Barisan Pelakon Akan Disiasat- Polis

KUALA LUMPUR, 16 April – Pihak polis akan menjalankan siasatan ke atas isu video promosi judi online yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, isi kandungan video berdurasi dua minit satu saat itu didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat dalam video ini. Mereka akan dikesan dan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 (1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan (lagi) video tersebut melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam.

Sumber: FB PDRM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'