Antara juadah buka puasa paling jadi rebutan orang di bazar Ramadan ialah martabak, kuih tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Kalau tak berbuka dengan makanan-makanan ni, rasa macam ‘tak lengkap’ rasanya.
Tapi ada satu lagi juadah pilihan ramai yang sangat terkenal di pasar malam sejak dulu lagi, iaitu roti john. Jika zaman dulu-dulu, resipi roti john sangat ringkas. Sekadar ada ‘intinya’, disulami timun, kubis, sos dan mayonis.
Mungkin ada yang rajin sanggup beratur panjang di bazar. Tapi bagi yang tidak sempat, masak sendiri di rumah adalah pilihan kedua. Maka dengan itu, mari kita belajar resipi buat roti john seperti yang dikongsikan oleh Chinta Eyja di group Masak Apa Hari Ini (MAHN) ini.
Masak apa hari ini – roti john
Bila Ramadan tiba wajib beli roti john dekat bazar dan sanggup beratur panjang. Tapi tahun ni saya cuba buat sendiri walaupun campak-campak. Simptom mummy anak kecik masak sambil berperang dekat dapur. Alhamdulillah walaupun tak berapa nak cantik rupa roti john tapi puas hati dapat buat sendiri. Resipi ada dekat setiap gambar.
1) Beli roti
Makan berdua dengan husband, roti pun beli yang size kecik jer.
Dapatkan aneka roti Gardenia disini

2) Daging burger
Daging burger lembu nak gantikan dengan isi ayam pun boleh kalau tak makan daging.
Aneka produk Ramly disini

3) Sosej
Bagi rasa special sikit.. Kalau tak nak letak sosej pun tak apa.

4) Tumis bahan
- Tumis bawang merah + bawang putih (potong dadu)
- Masukkan rempah kari (campur air)
- Masukkan daging (cincang)
- Masukkan sosej (potong)
- Masukkan garam
- Masukkan lada sulah
Tiada sukatan, sebab saya campak-campak.

5) Pecah telur
Pecahkan telur + masukkan daun sup / bawang bukan mak cik bawang yer.

6) Campurkan
Kemudian campurkan bahan tumis tadi dengan telur dan bawang.

7) Roti belah 2 & tekap
Roti belah dua, jangan bagi putus yerk dan sapukan mentega / planta then terus tekap atas pan.

8) Cairkan mentega / planta dan tuangkan inti

9) Tekapkan roti

10) Terbalikkan

11) Ini yang dah siap tekap

12) Letak bahan penambah
Letak mayonis + sos cili nak letak timun / salad atau ikut citarasa pun boleh.

13) Lipat roti

14) Potong

15) Siap
Siap untuk dingap. Bismillah.

Sumber: Chinta Eyja