Seramai 40 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan dijangkiti COVID-19 selepas selesai dua dos vaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, sebanyak sembilan kes dijangkiti lebih dua minggu selepas dos kedua manakala 31 kes dijangkiti kurang dua minggu selepas dos kedua vaksinasi.
Definasi Vaksinasi lengkap adalah hanya selepas dua minggu sumtikan dos terakhir atau dos kedua.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 17, 2021
Seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti selepas dos pertama, katanya.
Bagaimanapun katanya, kesemua mereka mengalami simptom jangkitan yang tidak teruk.
“Ia jelas kita masih boleh dijangkiti selepas melengkapkan vaksinasi, tetapi mungkin kurang teruk,” tulis beliau di laman Facebook miliknya.
“Tiada yang selamat sehingga semua orang selamat. Tolong teruskan patuh semua garis panduan kesihatan awam (3S dan 3w).”
Ini jelas menunjukkan langkah kesihatan awam termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dilaksanakan kerana #COVID19 masih boleh dijangkiti walaupun selepas mengambil suntikan vaksin, namun dengan gejala kurang serius – @DGHisham
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) April 17, 2021
Sumber: KP Kesihatan