Siakap Keli
Gambar: Bernama

40 Petugas Kesihatan Dijangkiti COVID-19 Selepas Selesai Dua Dos Suntikan Vaksin

Seramai 40 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan dijangkiti COVID-19 selepas selesai dua dos vaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak sembilan kes dijangkiti lebih dua minggu selepas dos kedua manakala 31 kes dijangkiti kurang dua minggu selepas dos kedua vaksinasi.

Seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti selepas dos pertama, katanya.

Bagaimanapun katanya, kesemua mereka mengalami simptom jangkitan yang tidak teruk.

“Ia jelas kita masih boleh dijangkiti selepas melengkapkan vaksinasi, tetapi mungkin kurang teruk,” tulis beliau di laman Facebook miliknya.

“Tiada yang selamat sehingga semua orang selamat. Tolong teruskan patuh semua garis panduan kesihatan awam (3S dan 3w).”

Sumber: KP Kesihatan

Amira

Love yourself.