Siakap Keli
Gambar via Mothership

Dua Hari Ketakutan ‘Haiwan’ Pelik Bertenggek Atas Pokok, Rupanya Roti ‘Croissant’

Kemunculan ‘seekor haiwan’ misteri di atas sebatang pohon berhampiran sebuah apartment di Krakow, Poland telah menakutkan para penduduk, lapor Mothership.sg. Dipercayai berada di atas pohon itu selama sekitar dua hari, kewujudannya membuatkan para penghuni bertindak menutup tingkap mereka.

Susulan itu, salah seorang daripada penghuni tersebut telah melaporkan kewujudan ‘haiwan’ pelik itu kepada badan kebajikan haiwan, mendakwa spesies berwarna coklat itu telah ‘bertenggek’ di pohon berkenaan tanpa sebarang pergerakan, tulis Mothership.

“Ia duduk di situ berhari-hari dan semua takut dengannya. Datang dan kutip haiwan itu,” kata pemanggil berkenaan seperti dilapor Global News.

Jelas portal itu, staf di badan kebajikan berkenaan bertanya jika haiwan itu adalah seekor burung, namun pengadu tersebut mendakwa ia kelihatan seperti iguana.

Susulan itu, pihak badan kebajikan telah hadir ke tempat kejadian bagi meneliti ‘haiwan’ misteri berkenaan.

“Kulit perangnya berkilat di bawah matahari. Kami perhatikan dengan dekat, dan ia tiada kaki atau kepala,” tulis wakil badan tersebut.

Hasil penelitian, mereka akhirnya mendapati haiwan yang digeruni itu rupanya adalah sebiji croissant yang dipercayai dibuang untuk burung-burung, namun tersangkut di atas pokok berkenaan.

Gambar: Mothership.sg
Croissant. (Kredit: Google)

Sumber: Mothership.sg, Global News

Amira

Love yourself.