Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

“Jangan Klik Pada..,” Maybank Ingatkan Penguna Waspada Dengan ‘Link’ Sedikit Berbeza Dari Asal

Semenjak dua menjak ini, kes penipuan atau scam secara maya makin banyak berlaku. Sindiket atau individu tidak bertanggungjawab ini menjalankan operasi mereka dengan cara yang berbeza.

Salah satu modus operandi yang mereka gunakan ialah menghantar pautan melalui pelbagai saluran seperti pesanan ringkas, emel dan media sosial.

Dalam kiriman terbaru Maybank di Facebook rasmi, pihak bank ini berkongsi salah satu cara perbezaan laman web yang dibuat dipercayai oleh scammer dengan laman web rasmi perbankan internet mereka.

Hanya berbeza bentuk pada huruf ‘a’, anda perlu lebih berhati-hati dengan perbezaan ini kerana boleh menyebabkan kerugian.

Mesej berupa peringatan ini menunjukkan kenapa kita perlu berwaspada dengan pautan yang dihantar melalui pesanan ringkas, emel dan media sosial.

Sekiranya anda telah klik pautan tersebut dan mendedahkan maklumat bank anda, sila hubungi pihak Maybank di talian 03-5891-4744 untuk tindakan lanjut.

Sumber: Maybank

Eyla Azri