Siakap Keli
Gambar: News18

Pelakon Tamil, Vivek Dilapor Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak Tamil, Vivek dilaporkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital di Chennai semalam.

Menurut News18, aktor itu disahkan meninggal dunia pada 4.45 pagi Sabtu susulan sumbatan pada arteri yang menyebabkan serangan jantung.

Tambah portal itu, beliau berada dalam keadaan kritikal sehingga petang Jumaat dan memerlukan sokongan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) selepas menunjukkan simptom ‘sindrom koronari akut dengan kejutan kardiogenik’.

Menurut doktor, Vivek pernah mengadu kepada ahli keluarganya mengenai sakit dada sebelum ini. Dia dibawa wad kecemasan hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 11 pagi lalu dan menjalani rawatan angioplasty.

Sumber: Bernama, News18

Amira

Love yourself.