Pelakon watak Narcissa Malfoy dalam filem bersiri Harry Potter, Helen McCrory dilapor meninggal dunia akibat kanser di usianya yang ke 52 tahun.
Menurut Insider, pemergian McCrory diumumkan oleh suaminya, Damian Lewis, Jumaat lalu.
Dalam kirimannya di Twitter, Lewis menyampaikan berita duka tersebut kepada umum.
— Damian Lewis (@lewis_damian) April 16, 2021
Menurut Lewis, isterinya meninggal dunia dengan tenang di rumah setelah berjuang melawan kanser, dikelilingi sahabat dan keluarga tersayang.
McCrory memulakan kariernya di atas pentas London’s West End sebelum muncul di layar filem.
Antara filem awal kemunculannya ialah Interview With the Vampire (1994), Casanova (2005) dan The Queen (2006).

McCrory yang pada awalnya diberi watak Bellatrix LeStrange ini kemudiannya menyertai filem bersiri Harry Potter sebagai Narcissa Malfoy pada tahun 2009 dalam siri Harry Potter and the Half Blood Prince.
McCrory memainkan watak sebagai ibu kepada Draco Malfoy dalam tiga siri terakhir filem itu.
J.K. Rowling, penulis asal siri Harry Potter turut menyampaikan takziah kepada keluarga McCrory di kiriman Twitternya.
I’m devastated to learn of the death of Helen McCrory, an extraordinary actress and a wonderful woman who’s left us far too soon. My deepest condolences to her family, especially her husband and children. Simply heartbreaking news.
— J.K. Rowling (@jk_rowling) April 16, 2021
McCrory meninggalkan suaminya bersama dua orang anak, Manon,14, dan Gulliver, 13.
Sumber: Insider