Siakap Keli
Gambar via TikTok

“Kami Ditegur Pengerusi Masjid,” Tular Pemuda Kejutkan Sahur Guna Suara ‘Mimi Peri’

Baru-baru ini, viral di media sosial aksi pemuda masjid mengejutkan warga bersahur menggunakan suara Instafamous Indonesia, Mimi Peri.

Dalam video tersebut, terlihat sekumpulan pemuda di dalam masjid. Salah seorang daripada mereka sedang membangunkan warga sekitar menggunakan mikrofon di masjid tersebut.

Lalu, pemuda itu mengarahkan mikrofon ke telefon yang sedang menunjukkan video Mimi Peri kejut sahur. Mereka kemudian ketawa kerana aksi yang dilakukan.

Gambar via TikTok

Video tersebut mendapat 11.1 juta tontonan di TikTok.

Pengunggah video ini berkata kepada Tribunnews, mereka terinspirasi menggunakan suara tersebut kerana video-video sedemikian yang viral di TikTok.

Dia mengaku bahawa mereka mendapat teguran daripada pengurus Masjid Pondok Pinang, Jakarta Selatan itu dan menjadi buah mulut masyarakat setempat.

Menurut Tribunnews, pemuda-pemuda tersebut mengaku masih menggunakan suara yang sama untuk membangunkan warga bersahur.

“Biasanya kami membangunkan sahur guna mikrofon masjid atau keliling kampung,” katanya kepada Tribunnews.

Sumber: Tribunnews

Eyla Azri