Bila sebut sahaja Negeri Sembilan, mesti terbayang masak lemak cili api yang mengecurkan air liur.
Ramai yang menganggap masakan ini sukar untuk disediakan. Apatah lagi bila pecah minyak, kuah akan menjadi berketul-ketul dan tak cantik.
Sebenarnya senang sahaja untuk menyediakan masakan ini sekiranya menggunakan ‘formula’ yang betul.
Menerusi perkongsian Khabbab Jamalludin di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.., dia berkongsi bahan-bahan yang perlu ada untuk menyediakan masak lemak cili api Negeri Sembilan dengan mudah.
Kiriman ini mendapat lebih empat ribu tanda suka dan dikongsi 1.3 ribu kali setakat ini.
Mari kita ikuti tips yang dikongsikan di bawah ini.

Saya perasan ramai yang kata masak lemak cili api Negeri Sembilan susah.
Pada saya ia antara masakan paling mudah.
Okay, bukan tak perlu, sebaiknya jangan pecah minyak.


Teknik yang paling penting elak pecah minyak; api sederhana kuat, sekejap sekejap kacau. Kalau rasa api kuat sangat, perlahankan tapi tetap kena kacau. Santan kalau biar api perlahan dia pecah minyak. Kalau biar api kuat sangat atau tutup nanti dia berketul. Bila santan mendidih dan menjadi pekat, tutup api. Biasanya dalam 10-15 minit.
Jangan risau, masa mula mula tutup api nampak macam cair sikit.
Tunggu kejap lagi, cenggini!
Rencah bila nak masuk?
Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau. Saya tak begitu rajin dan berkesempatan.
Kena yakin bahawa gabungan rasa rasa diatas sahaja dah cukup.
Masak lemak ni tak boleh takut-takut.
Takut tak jadi lah apa lah.
Kalau dah terpecah minyak sedikit tak apa.
Rasa masih sedap insyaAllah.
Tetap hidang dengan muka yakin dan bangga.
Selamat mencuba!
Sumber: Khabbab Jamalludin via Masak Apa Hari Ni..
Pelbagai pes siap dan sedap disini