Siakap Keli
Gambar: India Times/Google Earth

(Video) Google Earth Lancarkan Ciri ‘Time Lapse’ Keadaan Bumi Sejak 1984-2020, Boleh Tengok Malaysia Setelah 37 Tahun

Google Earth kini membolehkan pengguna untuk menonton kira-kira 800 video selang masa atau timelapse di laman rasmi platform berkenaan.

Kompilasi video berkenaan merupakan hasil gambaran yang diperoleh daripada satelit, menunjukkan perubahan terhadap Bumi sepanjang tempoh 37 tahun, iaitu sejak 1984 sehingga 2020.

Menerusi video tersebut, anda akan dapat menyaksikan bagaimana pemanasan global, pembalakan dan pembangunan bandar telah mengubah landskap Bumi selari dengan masa.

Malah, anda juga boleh mencari mana-mana lokasi yang ingin anda lihat di bawah, dan pilih tahun serta klik selang masa untuk melihat perubahan tempat tersebut sejak tahun 1984. Hanya taip nama tempat yang anda ini lihat perubahan, ciri ini akan memaparkan semuanya menerusi pergerakan selang masa dengan beberapa tahap kelajuan. Sebagai contoh, taip Malaysia pada bahagian carian dan lihatlah perubahan yang berlaku setelah 37 tahun. 

Antara lokasi yang ditunjukkan ialah Mamore River di Bolivia, Massachusetts, Dubai, Laut Mati dan Greenland. Anda juga boleh melihat rakaman selang masa bagi ratusan lagi kawasan lain di seluruh dunia di sini.

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

BACA: “Tak Sabar Travel Semula”, Tiga Restoran Mesra Muslim di Tokyo Ini Akan Buatkan Anda Rasa Selamat Walau Travel Lepas COVID-19

Sumber: India Times

BACA: Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini

Amira

Love yourself.