Siakap Keli
Gambar: Khaby.lame

(Video) Lelaki Ini Cuma Tunjuk Cara Kupas Kulit Pisang, Dapat Lebih 142 Juta Tontonan

Bermacam video ‘lifehack’ boleh kita tonton di media sosial sekarang ini. Ada yang betul-betul memudahkan, ada pula sebaliknya.

Baru-baru ini, seorang lelaki dengan nama Khaby.lame telah meraih ratusan juta tontonan hanya selepas menunjukkan tutorial mengupas kulit pisang di TikTok.

Baru empat hari dimuatnaik, video itu telah mendapat lebih 142 juta tontonan dengan 25 juta tanda suka. Pada permulaan video berkenaan, Khaby telah berkongsi rakaman seorang individu yang mengupas kulit pisang menggunakan pisau.

Berdasarkan video tersebut, individu itu telah menghiris setiap penjuru kulit pisang, menghasilkan kupasan yang bersegi.

Dengan ekspresi bersahaja dan sinis, Khaby kemudiannya mengupas kulit buah tersebut hanya menggunakan tangan. Jom tonton videonya di bawah.

@khaby.lame

Ig:@khaby00

♬ suono originale – Khabane lame

BACA: Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini

Video tersebut telah menarik ratusan ribu komen di mana rata-rata orang ramai terhibur dan bersetuju dengan cara lelaki itu.

Dia cakap berjuta perkataan tanpa perlu buka mulut

Wow! Boleh dikupas dengan tangan?

Siapa kupas dari bawah?

Menurut Gmspors.com, pencipta kandungan berusia 21 tahun berasal Senegal ini telah mendapat jutaan pengikut dalam tempoh kurang setahun.

Dapatkan mesin kupas buah disini

Sumber: Khaby.lame, Gmspors.com

BACA: “Tak Sabar Travel Semula”, Tiga Restoran Mesra Muslim di Tokyo Ini Akan Buatkan Anda Rasa Selamat Walau Travel Lepas COVID-19

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

Amira

Love yourself.