Siakap Keli
Gambar via TikTok @anantsw

(Video)”Nanti Raya Jadi Rendang..,” Tular Rakaman Lembu Masuk Rumah ‘Kejut’ Sahur Jadi Perhatian

Tak dinafikan, kadang-kadang kita rasa liat nak bangun pagi untuk sahur. Mesti ramai di antara kita yang perlu dibangunkan tidak kira oleh ahli keluarga, atau rakan serumah untuk bersahur.

Lain pula ceritanya dengan pengguna Tiktok @anantsw dari Indonesia ini.

Pemilik akaun ini berkongsi video seekor lembu di depan pintu biliknya ketika dia bangun dari tidur.

Menurut Liputan6, kemunculan lembu di dalam rumah menarik perhatian pemilik akaun ini kerana ia bertepatan dengan waktu sahur.

Lembu besar bewarna coklat itu sudah berada di ambang pintu biliknya dan dirakam oleh pemilik akaun TikTok tersebut.

Netizen rata-rata bingung bagaimana lembu itu boleh masuk ke dalam rumahnya dan pelbagai reaksi yang dipamerkan. Antaranya ialah yang bergurau mengatakan lembu itu bakal menjadi rendang pada hari raya nanti.

“Nanti raya jadi rendang lembu ni”

Video lembu masuk rumah saat sahur ini menjadi sorotan hingga mendapat lebih satu juta tontonan.

@anantsw

🤣🤣 #ramadhantiba

♬ Terpesona – Bulan Sutena

Sumber: TikTok @anantsw, Liputan6