Shopee merupakan salah satu platform e-dagang yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Aplikasi ini memberi ruang kepada para peniaga untuk mempromosi jualan mereka melalui siaran langsung, seterusnya membolehkan pelanggan terus membeli produk secara terus semasa bersiaran.
Untuk mendapatkan pendedahan yang tinggi, para peniaga perlu mendapatkan pengikut dan jumlah penonton yang ramai di siaran mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial telah berkongsi mengenai seorang penjual kelainan upaya (OKU) di Shopee yang menjual produk pewangi rumah dan kenderaan. Simpati dengan jumlah tontonan yang rendah, seorang pengguna media sosial telah mengajak orang ramai agar menyokong perniagaan lelaki bernama Foo Chia Keat itu dengan membeli produknya.
Tengok live Shopee tadi. Ternampak live uncle ni. Views 7 org je. So masuk je la sebab nak tengok dia jual apa. Masuk-masuk, live dah nak habis. Stalk uncle ni rupanya jual pewangi kereta & rumah. Uncle ni oku. Fasih sangat BM dia. Support la gais. Mesti dia seronok kalau ramai beli.
Dalam bulan puasa ni kita bantu seramai mungkin. Ingat dalam rezeki kita ada rezeki org lain jugak .. jom kita support kawan kawan.
Ni link Shopee Uncle Foo. Tengok pewangi yang sold pun 1-3 jee
Tengok live shopee tadi. Ternampak live uncle ni. Views 7 org je. So masuk je la sbb nak tengok dia jual apa. Masuk2,
live dah nak end. Stalk uncle ni rupanya jual pewangi kereta n rumah. Uncle ni oku😭 Fasih sangat bm dia. Support la gais🥺 Mesti dia seronok kalau ramai beli😭 pic.twitter.com/9v5cliwxNE— Shykinnn (@shykinn) April 17, 2021
Susulan itu, Uncle Foo turut tampil bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai terhadap kedai jualannya.
Terima kasih yang support bisness saya dan tolong viral kan di twitter sekarang dah ada banyak order. Saya akan usaha…
Posted by Foo Chia Keat on Saturday, April 17, 2021
Sumber: Facebook, Foo Chia Keat, Shykinn