Siakap Keli

Adik Aqil Mohon Doa Netizen, Selamat Jalani Pembedahan Ketumbuhan Di Bahagian Mulut

Kisah adik Aqil Aqmar, anak kecil berusia 3 tahun yang menderita ketumbuhan di bahagian mulut sejak berusia 6 bulan pernah menyentuh hati rakyat Malaysia pada Februari lalu.

Menerusi perkembangan terbaharu, adik Aqil dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan gusi pada Sabtu lalu dan kini berada di bawah pemantaun rapi pihak doktor di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kebajikan Sejuta Kaseh (Perkaseh Malaysia) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, masih berlaku pendarahan kecil akibat luka pembedahan dan besar kemungkinan adik Aqil terpaksa berada di wad sehingga keadaan kesihatannya kembali normal.

Oleh itu, pihak Perkaseh Malaysia terpanggil sekali lagi bagi membantu meringankan beban adik Aqil sekeluarga untuk menampung kos rawatan anak syurga ini selepas pembedahan.

”Tabung anak syurga terdahulu sebanyak RM 4,252.00 telah kami serahkan kepada ibunya dan telah dikreditkan ke akaun ibunya bagi membantu meringankan sedikit beban keluarga mereka.”

Kerana secebis rasa simpati dan ehsan, kami sekali lagi terpanggil membantu anak syurga ini, kami sekali lagi memohon kepada sesiapa yang berhajat dan sudi untuk membantu anak syurga ini dengan menyalurkan infaq, sedekah dan zakat kalian ke:

No akaun: 5686 0302 9118 (Maybank Berhad)

Pertubuhan Kebajikan Sejuta Kaseh Malaysia

Nota : Anak Syurga Kes 204

HOTLINE WhatsApp: 016 801 6986

Email: [email protected]

Semoga dengan sumbangan ini nanti akan dapatlah sekiranya membantu keluarga adik aqil ini dalam menjaga dan merawatnya selepas pembedahan nanti. Insya Allah.

Kerana sikap saling tolong-menolong itu adalah amalan sunnah Rasulullah SAW, dan sangat disukai Allah SWT.

Terima kasih diucapkan kepada pada penyumbang dan pencinta sedekah sekalian, yang banyak memberi sokongan dan doa kepada kami. Kami sentiasa mendoakan kebaikan dunia & akhirat buat kalian semua.

Doakan kami terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik, untuk menyambung perjuangan Rasulullah swt. Iaitu menyantuni asnaf dan faqir miskin serta golongan yang memerlukan. Allahumma Amenn.

Sumber: FB Perkaseh Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.