Siakap Keli

Boleh Guna Kamera Depan & Belakang Secara Serentak Dan Dilengkapi AI Colour Portrait Video, Ini Kelebihan Teknologi Terbaru OPPO Reno5 F

Zaman teknologi yang serba moden ni, jarang kita tengok orang bawak kamera besar-besar untuk bergambar. Sebab apa, sekarang ni kalau nak bergambar, orang selalu guna handphone je.

Di samping banyak kegunaan, ianya juga mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Namun begitu, handphone yang mempunyai kamera berkualiti memang banyak di pasaran, namun nak pilih yang terbaik dan sesuai untuk kegunaan diri kita tu yang memerlukan sedikit masa tu.

Berita baik untuk anda yang sedang mencari telefon bimbit, syarikat OPPO ada mengeluarkan peranti terbaru bernama OPPO Reno5 F. Peranti ini masih lagi menampilkan chipset MediaTek Helio P95 dengan skrin OLED 6.43 inci.

Yang paling menarik berkenaan OPPO Reno5 F ini terletak pada bahagian kameranya. OPPO Reno5 F hadir dengan quad kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera monokrom 2MP, sementara kamera pada bahagian hadapan pula dilengkapi dengan resolusi 32MP.

Terdapat beberapa fungsi kameranya yang pasti dapat menarik minat pengguna antaranya ialah AI Color Portrait Video, Dual-View Video, Monochrome Video, Dynamic Bokeh, Night Plus, Night Flare Portrait, EIS Steady Video, Soloop, AI Scene Enhancement 2.0, AI Color Portrait, AI Beautification 2.0 dan juga Filters.

Jom kita tengok satu-satu fungsi tersebut:

AI Color Portrait Video

Fungsi AI Color Portrait Video ini adalah merupakan salah satu ciri terbaru yang sama dengan AI Color Portrait Photo. Walau bagaimanapun, AI Color Portrait Video ini berfungsi dalam bentuk video yang dirakam pada kamera OPPO Reno5 F.

Ciri ini dapat mengenal pasti subjek manusia dalam video, membezakannya daripada latar belakang, dan hanya akan mengekalkan warna subjek dalam video tersebut. Warna latar belakang akan dinyahkan dan diganti dengan warna monoton.

AI Color Portrait Video ini befungsi secara terus, pengguna dapat melihat rakaman tersebut sambil merakamnya. Ciri ini turut berfungsi dengan maksimum sebanyak dua orang dan juga terdapat pada kamera hadapan dan belakang.

Dual-View Video

Abadikan momen lebih dari satu perspektif. Dual-View Video adalah ciri baru yang membolehkan pengguna merakam video secara serentak dari kamera belakang dan kamera depan.

Pratonton dari kedua perspektif kamera dapat dilihat di skrin pada masa yang sama. Ianya bermaksud rakaman tersebut tak hanya dirakam dari satu sisi pandangan sahaja. Pengguna boleh menggunakan ciri ini semasa konsert dalam merakam persembahan artis kesayangan mereka membuat persembahan serta turut merakam diri mereka menyanyikan lagu artis mereka itu pada masa yang sama. Kamera pada bahagian hadapan dilengkapi dengan fungsi beautification, manakala kamera belakang pula mempunyai fungsi zoom.

Dual-View Video ini hanya tersedia untuk kamera ColorOS sahaja.

Monochrome Video

Monochrome Video adalah ciri baru pada peranti OPPO Reno5 F ini yang hanya menyerlahkan satu daripada tiga warna RGB dalam sebuah video. Warna yang dipilih diserlahkan sementara warna lain ditukarkan kepada kelabu.

Menambah baik pengalaman rakaman yang diambil oleh telefon pintar dengan menampilkan warna yang sangat berbeza, OPPO Reno5 F ini turut menambah effect dramatik seperti yang terdapat dalam filem Hollywood pada telefon pintar anda.

Monochrome Video hanya disokong oleh kamera belakang.

Dynamic Bokeh

Dynamic Bokeh adalah effect potret baru yang menambahkan kesan visual yang mempesonakan, dengan subjek yang muncul keluar daripada gambar. Subjek tangkapan ciri portrail ini akan dikenal pasti oleh Ai Quad Camera pada bahagian belakang telefon.

Kualiti subjek juga akan ditingkatkan dengan algoritma HDR cahaya rendah dan algoritma penalaan warta potret profesional, sementara latar belakang dikaburkan. Dynamic Bokeh pada telefon ini boleh berfungsi pada waktu siang dan malam.

Night Plus

OPPO Reno5 F ini memperkenalkan tiga kamera Night Plus filters pada bahagian belakangnya iaitu Cosmopolitan, Astral, dan Dazzle yang boleh membantu pengguna menangkap gambar pada waktu malam dengan lebih cantik dan tampak seperti profesional.

Cosmopolitan menambah tone warna keemasan ketika menangkap gambar pada waktu malam di bandar.

Astral pula menimbulkan warna hijau, biru, oren dan kuning untuk meningkatkan kesan visual langit malam dan pemandangan bandar pada waktu malam.

Dazzle pula memastikan bahawa cahaya yang terpancar daripada bangunan dan pemandangan pada waktu malam akan meyerlah.

Night Frame filters ini tersedia untuk kamera utama dan sesuai dengan zoom digital.

Night Flare Portrait

Ciri ini menggabungkan algoritma bokeh dengan HDR cahaya rendah dan algoritma peningkatan nyalaan lensa yang kuat untuk meningkatkan julat dinamik foto dan pemprosesan warna.

Dengan ciri Night Flare Portrait ini, gambar akan memperlihatkan suar lensa yang lebih besar serta warna yang disempurnakan sangat sesuai untuk menangkap gambar di bandar pada waktu malam.

EIS Steady Video

Algoritma Electronic Image Stabilization OPPO ini menggunakan giroskop untuk mengesan gegaran ketika merakam. Ianya dapat memastikan rakaman yang diambil stabil dan cukup lancar sehinggakan momen unik yang dirakam itu tidak akan tersia. Aktifkan EIS ini secara manual untuk menggunakan ciri ini pada pratonton rakaman, bersama dengan output video akhir. Ciri ini mesti diaktifkan secara manual untuk digunakan.

Soloop

Soloop mengubah rakaman dan gambar yang ditangkap menjadi klip berkualiti seakan filem. Sunting video dengan mudah dengan menambah filter; Atau pilih dari katalog muzik yang boleh dimasukkan dalam video yang disunting; Atau letakkan sari kata pada mana-mana video anda.

Dengan Soloop, fail foto dan video dapat disatukan dengan cepat dan mudah ke dalam klip yang boleh dikongsikan dengan rakan atau keluarga anda.

AI Scene Enhancement 2.0

AI Scene Enhancement 2.0 menggabungkan Dazzle color dan AI Scene Recognition, untuk meningkatkan kecerahan serta warna pada gambar. Malah, AI Scene Enhancement ini dapat mengenal pasti hingga 20 senario fotografi biasa dan mengubah ketepuan warna dan nisbah kontras untuk meningkatkan suasana pemandangan serta ekspresi foto.

Dazzle Color dapat mengembalikan kecerahan serta warna gambar dan kemudiannya menggunakan algoritma pemetaan warna pixel-level untuk menyusun semula warna gambar supaya gambar menjadi lebih jelas dan semula jadi.

Pemandangan seperti lanskap, senja di tepi pantai, matahari terbit, dan makanan dapat ditangkap dengan foto berwarna hiper tanpa pemprosesan pasca.

AI Color Portrait

AI Color Portrait tidak hanya tersedia untuk merakam video, membolehkan pengguna untuk menangkap gambar yang menakjubkan yang mana mengekalkan dan meningkatkan warna semula jadi subjek foto. Sesuai digunakan untuk menangkap gambar orang berlatarkan gaya jalanan.

AI Beautification 2.0

Untuk memastikan bahawa semua orang dalam gambar kelihatan cantik, AI Beautification 2.0 meningkatkan dan menyerlahkan kecantikan semula jadi individu dalam foto mereka. Dengan ciri yang telah ditingkatkan dalam generasi ini untuk menyerlahkan kecantikan kulit, AI Beautification 2.0 mengekalkan perincian kulit semula jadi.

AI Beautification memastikan bahawa dengan peningkatn apa pun, Indian Bhindis dapat dikekalkan, sementara ciri warna bibir pintarnya dapat mengenal pasti warna merah pada bibir mana pun dan secara digitalnya mencantikkan solekan subjek untuk mencapai keseimbangan.

Algoritma ini juga menyokong bentuk wajah yang berbeza dan dioptimumkan dengan lebih baik dalam generasi ini untuk menyerlahkan kontur wajah.

Di samping itu, kamera depan dan belakang menawarkan effect AI Beautification yang sama tetapi juga dapat menyesuaikan effect beautification pada setiap orang berdasarkan jantina dan usia mereka.

Filters

Kamera depan dan belakang OPPO Reno5 F menawarkan pilihan hingga 15 filters dalam tema dan gaya berbeza. Sama ada untuk menangkap gambar potret atau pun detik-detik indah, pasti akan ada sesuatu untuk gambar yang akan dicantikkan dengan mudah.

Design

Soal reka bentuk pula, OPPO Reno5 F ini memiliki ketebalan 7.8mm dan berat 172 gram. Ianya hadir dalam tiga varian warna yang tampak ekslusif iaitu Fluid Black dan Fantastic Purple.

OPPO Reno5 F ini cukup nipis dan mudah untuk dimasukkan ke dalam poket tanpa membonjol. Ianya juga cukup ringan dan sangat sesuai untuk digunakan bagi bermain game untuk jangka masa yang panjang.

Flowing Light Design

Reka bentuk OPPO Reno5 F ini menonjolkan kelengkungan dan ketipisan Ultra Slim Body untuk penampilan sederhana, namun tampak elegan. OPPO Reno5 F mempamerkan tekstur matte namun berkilat yang bebas silau, pergeseran perlahan, dan lembut. Dengan Rekaan Flowing Light ini, warnanya tidak hanya ditingkatkan, namun bergantung pada sudut yang dipegang di belakang telefon bahkan dapat menonjolkan warna tambahan.

Bahagian belakang bateri OPPO Reno5 F ini dibuat dengan panel komposit. Bahannya mempunyai ketelusan tinggi setanding dengan kaca dan tahan terhadap pecah dan retak.

30W VOOC 4.0

OPPO Reno5 F ini didatangkan dengan kapasiti bateri 4.310mAh yang dilengkapkan dengan pengecasan pantas 30W. Fungsi ini membolehkan pengecasan selama 5 minit, dapat digunakan untuk 3.2 jam masa bercakap, 1 jam di Instagram, 2.9 jam menonton video di YouTube.

Ianya juga terdapat fungsi Battery Guard yang membolehkan peranti OPPO Reno5 F anda terlindung daripada terlebih cas sekaligus melindungi baterinya.

Sistem pengoptimum prestasinya pula membolehkan OPPO Reno5 F ini berfungsi dengan lancar tanpa tersekat sepanjang tempoh kitaran hidup peranti ini.

Ianya juga turut dilengkapi dengan 2 Smart Power Saving Mode iaitu Super Power Saving Mode dan Super Nighttime Standby.

Super Power Saving Mode

Mod ini menggunakan rangkaian strategi penjimatan kuasa yang akan menyesuaikan fresekuensi dan kecerahan CPU anda. Ianya juga menawarkan pilihan pengurusan kuasa untuk aplikasi tertentu bagi memastikan bahawa walaupun dengan baki bateri tinggal 5%, komunikasi masih lancar dan anda juga boleh berbual dengan menghantar teks atau terus menggunakan aplikasi navigasi anda.

Super Nighttime Standby

OPPO Reno5 F ini mempelajari rutin waktu tidur pengguna. Berdasarkan ini, ColorOS dapat membuat profil tidur yang mengoptimumkan penggunaan bateri telefon semasa pengguna sedang tidur. Dengan Super Nighttime Standby, jangka hayat bateri OPPO Reno5 F hanya berkurang sebanyak 2%. Pengguna boleh berehat dengan tenang dan bangun tanpa rasa bimbang bateri mati pada keesokan harinya.

Untuk bahagian memori pula, OPPO Reno5 F ini menggunakan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Walaupun agak kecil, peranti ini telah menyediakan slot microSD untuk simpanan tambahan.

Teknologi Sunlight Screen

Teknologi Sunlight Screen meningkatkan paparan skrin supaya pengguna dapat melihat skrin mereka dengan jelas pada waktu siang walaupun di bawah cahaya matahari yang kuat.

Moonlight Screen

Pada waktu malam pula, teknologi ini secara automatik akan meredupkan cahaya skrin dengan menetapkan kecerahan terendah pada 2 nits untuk pengalaman tontonan yang selesa.

AI Backlight

AI Backlight ini secara automatiknya akan menyesuaikan tetapan lampu latar sepanjang hari dengan mempelajari bagaimana pengguna menyesuaikan kecerahan secara manual dalam keadaan pencahayaan yang berbeza.

Fungsi lain yang disajikan adalah pengimbas cap jari yang terbina dalam skrin. Berbanding dengan pengimbas cap jari yang terletak di sebelah atau belakang, pengimbas cap jari di skrin mempunyai kelebihanya dalam mengenal pasti kelajuan dan ketepatan.

Smooth Gaming With ColorOS 11.1

Game Focus Mode

Nikmati pengalaman bermain permainan yang memuaskan ketika menghidupkan Game Mode di Game Assistant. Ianya akan menyekat atau menyahaktifkan semua gangguan termasuk bar notifikasi, panggilan masuk, isyarat navigasi, penggera dan bahkan permintaan kekuatan suara pada skrin.

Gaming Shortcut Mode

Permainan mudah alih memerlukan memori. Gaming Shortcut Mode ini secara drastiknya dapat mengurangkan masa loading dengan menyimpan memori maya untuk permainan yang sering dimainkan. 

Ianya sekaligus dapat membuatkan permainan berjalan di latar belakang walaupun setelah anda keluar, tetapi juga secara automatik melewati logo layar dan intro serta cara bermain.

Game Floating Window

Menjadikan OPPO Reno5 F lebih mudah bagi pengguna yang ingin bermain dalam satu atau dua permainan semasa menggunakan peranti ini, teruskan permainan walaupun setelah membuka aplikasi lain seperti e-mel dan lain-lain lagi.

Bullet Screen Message

Ketika bermain permainanan, misalnya “life-and-death” di PUBG, adalah perkara biasa bagi pengguna untuk menyahaktifkan notifikasi dan fokus bermain dalam permainan itu. Namun begitu, ianya bermakna mereka mungkin akan terlepas mesej penting di Whatsapp. Mod ini sebaliknya akan scroll message tersebut pada skrin untuk minimalkan sebarang gangguan ketika bermain game, di samping dapat memastikan mesej penting tidak terlepas.

Privacy and Security with ColorOS 11.1 

Private Safe

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, gunakan HeyTap Cloud untuk mengambil data yang hilang dengan cepat daripada peti keselamatan peribadi OPPO. Private Safe Cloud Sync hanya tersedia di wilayah yang menyokong HeyTap Cloud, termasuk Indonesia, India, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, Taiwan dan Jepun.

App Lock

Berkongsi telefon tanpa risiko privasi. App Lock dan Hide App kini menjadi dua pilihan selari yang mengunci aplikasi. App Lock ini juga boleh dihidupkan dengan melalui shortcut.

Screencast Privacy Shield

Ketika berkongsi skrin A94 melalui TV, mesej peribadi tidak akan dipaparkan di skrin. Fungsi ini melindungi bar notifikasi daripada muncul di skrin TV.

High Efficiency With ColorOS 11.1

FlexDrop

Minimumkan skrin aplikasi yang dapat dibuka kembali pada lain waktu, tanpa menutup sebarang aplikasi sepenuhnya. Flex Drop menawarkan pilihan untuk meminimumkan skrin bagi menampilkan skrin penuh aplikasi, atau small window, atau mini window. Dengan FlexDrop, sangat mudah untuk beralih antara tetingkap dan tugas yang berbeza.

Nearby Sharing

Nikmati OPPO SHare dan Nearby Sharing untuk berkongsi dokumen dengan rakan atau rakan sekerja yang berdekatan.

Bagi peranti OPPO Reno5 F ini, ianya dijual pada harga RM1,199. Pengguna yang membeli OPPO Reno5 F ini akan turut ditawarkan dengan hadiah percuma berupa LED Smart Thermal Flask + Journal Gift Box yang bernilai RM99. Bagi pengguna My OPPO APP pula, anda bakal menikmati kod promo berjumlah RM100 dan tiket wayang GSC + Popcorn Combo secara percuma tau!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari terus ke Facebook OPPO atau Laman Web OPPO.

Aqmal Ezany

I write what is right