Siakap Keli

(Video) Dapat 17 Juta Tontonan, Gadis Cantik Ini Berani ‘Berbelit’ Dengan Puluhan Ular

Keberanian yang ditunjukkan oleh seorang gadis ketika memegang puluhan ekor ular ternyata membuatkan ramai warganet yang kagum dan tak kurang juga yang merasa takut dan terkejut.

Menerusi video yang dimuatnaik dua hari lalu di akaun Tiktok milik gadis berkenaan, dia pada mulanya dilihat duduk bersila sambil memangku puluhan ekor ular dengan corak belang hitam dan kuning.

Dengan wajah yang selamba, dia kemudiannya mengangkat kesemua ular tersebut dan menunjukkannnya ke arah kamera sekaligus membuatkan ramai yang meremang!

Dalam tempoh 48 jam, video gadis dari negara jiran, Indonesia itu telah mendapat 17 juta tontonan dengan ratusan ribu ‘likes’ dan puluhan ribu komen.

Ada yang tau tak ni berapa ekor?

@ahlemottt01

Ada yang tau gak ini ada berapa ekor?? #Ngabuburit #powerAwesome #fypă‚· #boiga

♬ Rude Remix – DRXML

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen mengakui ‘ketakutan’ hanya dengan melihat aksi gadis berkenaan.

Sebilangannya memuji keberanian yang dimiliki gadis itu dan menyifatkan bukan calang-calang orang mampu mengatasi rasa takut bermain dengan haiwan eksotik yang berbahaya.

Dia yang pegang tapi aku yang takut..

Kalau raya jemput ke rumah, aku kirim salam je lah

Kau bagi ular getah pun aku dah lari

Sumber: TikTok ahlemottt01

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.