Siakap Keli

(Video) Hanya Ikut 3 Langkah Mudah Ini, Formula Nak Cari Permulaan Muka Surat Setiap Juzuk Al-Quran

Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk melipat gandakan ibadah sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. Selain mendapat pahala berpuasa penuh, kita juga boleh menambah atau ‘top up’ pahala dengan ibadah-ibadah lain.

Bangun malam (qiamullail), solat sunat, bersedekah, membaca al-Quran hingga khatam 30 juzuk, menziarahi orang miskin dan sebagainya, semua itu boleh dibuat sebanyak mana yang boleh. InsyaAllah besar ganjarannya.

Menyentuh tentang membaca al-Quran, tahukah anda bahawa kita boleh khatam 30 juzuk selama 30 hari di bulan suci ini? Sifirnya sangat mudah dan rasanya mungkin ramai yang mengamalkan seperti ini:-

  • 1 hari 1 juzuk
  • 1 juzuk = 20 muka surat
  • 20 muka surat dibahagikan 5x solat fardhu = 4 muka solat per waktu

Hanya empat muka surat sahaja yang kita perlu baca setiap kali solat fardhu. Senang kan? Biasanya kalau ikut ‘tempo’ bacaan yang standard, empat muka surat itu memakan masa kira-kira 10 minit saja.

Cara nak cari permulaan muka surat setiap juzuk

Memandangkan kita ‘berhadapan’ dengan ribuan muka surat dalam mushaf al-Quran, pasti akan ada banyak halaman penting yang wajib kita tahu supaya lebih mudah untuk membacanya.

Tahukah anda, ada satu formula mudah macam mana nak cari permulaan muka surat bagi setiap juzuk. Bukan apa, kadang-kadang kita terpaksa selak secara rambang untuk mencarinya.

Biasanya ada panduan senarai halaman muka surat mengikut juzuk yang sudah disediakan di halaman belakang mushaf. Tapi ‘formula’ yang dikongsikan oleh Idris Shamsuddin ini mungkin juga sangat membantu.

Jom saksikan video ini.

@idris_shamsuddin

Formula mudah untuk mencari permulaaan muka surat bagi setiap juzuk dalam Al-Quran. Semoga bermanfaat ☺️❤️ #ramadanmubarak #alquran #fyp

♬ original sound – Idris Shamsuddin – Idris Shamsuddin

Mudah saja kan? Selamat mencuba.

Sumber: TikTok Idris Shamsudin

Beli Al-Quran digital disini

Beli Al-Quran terjemahan disini

Beli sejadah viral disini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'