Siakap Keli

(Video) Ini Cara Potong Bawang Dengan Mudah Tanpa Risau Jari Terluka

Walaupun ada sesuatu perkara yang dilihat sangat mudah tetapi bagi sesetengah orang, ia sangat sukar untuk dilakukan terutama apabila baru pertama kali mencuba.

Sama juga seperti memasak, tidak semua orang akan mahir untuk menyediakan makanan walaupun ia menu yang senang untuk dimasak.

Ada sesetengah orang, nak potong bawang pun masih lagi kekok kerana tidak biasa melakukannya. Ditambah pula, jika ada yang takut terkena pisau semasa menghiris bawang.

Pun begitu, anda sebenarnya tidak perlu risau kerana ada cara yang boleh dilakukan bagi memudahkan anda memotong bawang tanpa risau jari terluka.

Menerusi satu video yang dimuatnaik mas_tukang di TikTok, anda hanya perlu menggunakan kepingan aluminium untuk membuat ‘perisai’ bagi memudahkan anda memotong bawang. Jom tonton video di bawah ini.

@mas_tukang

Potong bawang dengan aman #mastukang #tukanginsinyur #tips #tipsandtricks #cookinghacks #diy

♬ Dragostea Din Tei – Digital Orchestra

Sumber: Mas_tukang

Sofea

There's always another side to every story