Siakap Keli

(Video) “Tak Duduk Diam Dia…” Kagum Tengok Cara Akak Ni “Promote” Nak “Survive” Berniaga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Demi mencari sesuap rezeki untuk anak-anak di rumah, pastinya kita akan cuba berusaha sehabis baik biarpun terpaksa ‘tebalkan’ muka buat apa-apa sahaja.

Ada orang sanggup memakai maskot badut dan membuat aksi humor di tengah panas terik, semata-mata nak tarik perhatian orang awam. Ada juga yang tidak segan menjaja kuih dari kedai ke kedai.

Selagi mana namanya kegigihan, selagi itulah segala apa yang ada di tangan akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang kakak ini apabila beliau sangat ‘tidak duduk diam’ mempromosi jualannya agar dibeli orang.

Situasi sebak ini disaksi dan dirakam sendiri oleh novelis terkenal tanah air, Hilal Asyraf dalam satu kejadian baru-baru ini, dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Johor.

Mari ikuti perkongsian ringkas ini.

 

 

 

Sumber: Twitter Hilal Asyraf

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'