Siakap Keli

Atlet Hamil Lapan Bulan Cipta Sejarah, Raih Pingat Emas Dalam Taekwondo

NIGERIA- Aminat Idrees (26 tahun) meraih perhatian apabila memenangi kategori Mixed Poomsae, taekwondo dalam festival Sukan Kebangsaan ketika sedang mengandung lapan bulan.

Kejohanan sukan yang bersiaran langsung tersebut berlaku setiap dua tahun sekali di Nigeria. Pecapaiannya digambarkan sebagai pemberi inspirasi kata penganjur festival itu.

Rakaman teknik pertempuran yang berbeza ditunjukkan oleh Aminat yang tular di Twitter. Aminat turut memenangi kategori lain iaitu simulasi bukan pertempuran dikenali seagai poomsae.

“Ini satu keistimewaan bagi saya. Saya baru saja memustuskan untuk mencubanya setelah beberapa kali berlatih.”

“Sebelum hamil, saya selalu berlatih. Jadi nampaknya tiada berubahan sewaktu hamil,” kata Aminat.

Namun, tidak semua menganggap ianya memberi inspirasi. Ada yang mengkritiknya kerana mengambil bahagian dalam sukan ini ketika usia kehamilannya yang sudah lapan bulan.

Bagaimanapun, aminat dengan tenang menjelaskan sukan pertahankan diri mempunyai pelbagai teknik yang boleh dilakukan.

“Ramai yang masih tidak faham apa sebenarnya taekwondo. Saya rasa ini adalah jalan untuk mendidik orang tentang hal ini.”

“Taekwondo mempunyai dua cabang iaitu sukan tempur dan poomsae yang membentuk latihan yang hanya memaparkan teknik tangan dan kaki di taekwondo.”

“Saya rasa tiada banyak risiko, jadi saya memutuskan untuk mencubanya. Doktor saya dan badan penganjur mengesahkan saya sesuai untuk menyertai sukan tanpa kontak,” katanya kepada CNN.

sumber: CNN World

Atiqah Aliah