Siakap Keli

Dua Lelaki Ditemui Mati Selepas Tesla ‘Tanpa Pemandu’ Rempuh Pokok

TEXAS- Dua lelaki terbunuh setelah sebuah kereta Tesla melanggar pokok di Texas. Dipercayai tiada pemandu sewaktu kejadian.

Tesla Model S 2019 dipercayai ‘dipandu’ dengan kelajuan tinggi sewaktu kejadian dan menyebabkan gagal mengawalnya ketika melalui jalan yang berliku.

Mangsa kedua-duanya berusia 50-an, ditemui duduk di penumpang depan dan di belakang kenderaan.

Bukti menunjukkan bahawa “tiada orang yang memandu kenderaan pada waktu itu,” kata Mark Herman, konstabel Harris County Presint 4. Mark juga berkata kejadian itu masih dalam siasatan.

Tesla menyatakan data menunjukkan Autopilot tidak diaktifkan.

“Log data yang dipulihkan setakat ini menunjukkan Autopilot tidak diaktifkan ,” ketua eksekutif pembuat kereta Tesla, Mr Musk menulis di Twitter.

Autopilot Tesla merupakan sistem bantuan pemandu canggih yang dikatakan mampu meningkatkan keselamatan dan memudahkan pemanduan.

Sumber: BBC News

Atiqah Aliah