Siakap Keli

Kereta SUV Terjunam Dalam Tali Air, 13 Dilapor Maut Termasuk Kanak-Kanak

FILIPINA- 13 orang termasuk kanak-kanak mati lemas apabila kereta SUV yang dinaiki mereka terjunam ke sebuah tali air di sebuah bandar pergunungan utara Filipina, kata polis Filipina.

Polis mengesahkan dua daripada 15 penumpang SUV itu terselamat dan mengalami kecederaan. Pemandu SUV antara yang maut termasuk tujuh kanak-kanak, kata seorang pegawai.

Mangsa-mangsa dalam perjalanan ke salah satu tasik yang terkenal di Filipina ketika kejadian berlaku di kota Tabuk di Kalinga.

Polis sedang menyiasat puncanya tetapi laporan awal menunjukkan pemandu, Soy Lope Agtulao secara tiba-tiba hilang kawalan dan kenderaannya tergelincir dan terjunam ke dalam tali air.

Penduduk kampung bekerjasama dengan polis membawa mangsa-mangsa ke dua hospital di Kalinga.

Sumber: The Seattle Times

 

Atiqah Aliah