Siakap Keli

Microsoft Bakal Bina Pusat Data Bernilai RM4.1 Bilion Di Cyberjaya?

Satu inisiatif projek Microsoft telah dilancarkan di bawah ‘Bersama Malaysia’ yang menandakan komitmen penting untuk memperkasakan ekonomi global Malaysia dan memajukan transfomasi digital di negara ini dalam sektor awam dan swasta.

Kos pelaburan inisiatif ini dianggarkan bernilai US$ 1 Bilion dalam kira-kira RM 4.1 billon dalam tempoh 5 tahun ke hadapan.

Rancangan projek ini akan merangkumi pembukaan pusat data pertama Microsof di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai pusat data untuk menguruskan data dari pelbagai negara.

Kawasan Pusat Azure

Seperti gambar rajah di atas menunjukkan Microsoft memerlukan ruang atau kawasan yang besar untuk perkhidmatan ini.

Walaubagaimanapun, dalam kenyataan media Misrosoft tidak mengumumkan tempat untuk pembinaan projek ini. Ia hanya beri petunjuk bahawa projek ini bakal di bina di Kuala Lumpur.

Jadi boleh jadi lokasi Greater Kuala Lumpur ini berada di Cyberjaya? Hal ini demikian kerana, banyak kawasan lapang di Cyberjaya yang sesuai untuk pembinaan pusat data berskala besar ini.

Seperti mana yang kita tahu, Cyberjaya merupakan salah satu kawasan yang didokong dengan kemudahan teknologi. Anda rasa di mana?

 

Sumber: Richdker

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang