Siakap Keli
Foto: Ahmad Angoh

“Nama Dia Sauk,” Kisah Jumpa Kucing Hanyut Tahun 2019, Jaga Sampai ‘Perut Labuh’, Berat 4.6kg

Bagi pencinta kucing, mereka menganggap kucing tersebut bukan hanya seekor haiwan peliharaan tetapi sebahagian daripada keluarga mereka. Tidak dinafikan, gelagat kucing yang comel dan manja sering membuatkan ramai yang jatuh cinta.

Percayalah golongan ini tidak kisah berhabis wang demi kucing yang disayangi, asalkan kucing-kucing tetsebut sentiasa sihat dan cukup makan.

Seperti kisah seekor kucing yang bernama Sauk ini mempunyai sejarah tersendiri. Menerusi laman Facebook Ahmad Angoh berkongsi kisah saat dia menyelamatkan haiwan ini di muara sungai ketika memancing.

Kucing ini diberi nama Sauk kerana semasa menyelamatkannya, lelaki ini menggunakan penyauk. Mudah kata, letak saja nama Sauk supaya senang diingati kejadian ini.

Al kisah tersebut lah kisah Mei 2019 tengah memancing.

Jumpa bulus hanyut di bawa arus laju (air surut). Lambat sikit @ tak nampak confirm sampai ke laut Kuantan. 

“2021, Alhamdulillah 4.6kg perut labuh. Nama dia S.A.U.K.”

Rata-rata pengguna Facebook mendoakan kesejahteraannya dan memuji tindakan lelaki ini menyelamatkan kucing tersebut.

“Semoga murah rezeki selalu bro… betul ke dia kucing ke ikan?”

“Syukur jumpa tuan yang baik”

“Moga Allah buka segala pintu rezeki”

 

Sumber: Ahmad Angoh

Teringin Nak Set Tilam Ala-Ala Hotel 5 Bintang, Ini Tilam Jadi Rebutan Ramai Siap Boleh Try Dulu 100 Hari, Tak Suka Boleh ‘Return’

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang