Siakap Keli

“Selamba Je Cuti Masa PKP,” Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Bercuti Pakai Agensi Siap Dapat Diskaun RM100

Belakangan ni, mesti korang dah mula stress kan bilalah status pergerakan kawalan kita ni nak ‘membaik’. Yelah, sebab semua dah tak sabar nak bercuti, hirup udara lain sikit selain duduk je kat rumah.

Eh! Siapa cakap tak boleh bercuti? Kan kerajaan tengah galakkan aktiviti pelancongan rentas negeri tapi mesti dibawah program ‘Gelembung Pelancongan Bersasar.’ Program ni membolehkan kita untuk bercuti tapi dengan syarat kena guna perkhidmatan travel agency yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.

Bila bercakap pasal travel agency, individu ni berkongsi pengalaman bercuti menggunakan travel agency walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) haritu. Katanya berbaloi tinggal bawa baju je.

Lepas je kerajaan bagi green light boleh bercuti tapi guna agensi pelancongan berdaftar, kita pun apa lagi! Dah tak pk panjang terus browse agensi mana yang tawarkan pakej best2. Bukan apa, time ni je la nak berjalan pun. Nak tunggu, tunggu murung duduk rumah ni ha.  Carik punya cari, jumpalah satu agensi ni. Baca review semua recommended. Lagi meyakinkan bila tau dorang ni dah 30 tahun dalam industri, dan paling penting berdaftar!

Benda ni bukan boleh pandang remeh gais, sebab musim PKP ni kita nak pastikan kita travel ikut peraturan dan SOP. Tak mahu la nanti sampai kena saman pulak. Sia- sia je bercuti gitu.

Bagi aku, aku puas hati guna servis ‘KOPETRO Travel & Tours’ ni sebabnya banyak jugaklah benefit yang dorang bagi. Paling best, dorang punya pakej tu ikut bajet kita berapa.  Sesuai la dengan slogan dorang ‘made for you’. So, haritu bajet aku dalam RM300 gitu je nak pergi Penang.  Dorang pun uruskanlah daripada planning nak g mana semua, ke booking hotel, sampai ke sewa transport. Kita tinggal packing beg je!

Tambah best, kan aku mintak pakej RM300, dorang bagi pulak diskaun RM100! So, aku bayar RM200 je! Update: Aku dah check promo tu masih ada lagi gais! Tapi terhad 50 orang pertama yang nak book pakej Pool Site Suite The Pines, Melaka ataupun pakej Golden Sands, Pulau Pinang.

Cara nak book dengan dorang ni contact 012-5657709, masa nak tanya tu bagi kod ni ‘KOPETRO Made For You’ automatik terus dapat diskaun RM100. Kalau nak pergi tempat lain pun boleh, korang boleh skodeng promo-promo kat website dia atau kalau nak lagi cepat, call je terus ofis dia dekat nombor 03-21641577 atau whatsapp 012-5657709 untuk booking.

Nor Fakhry