Siakap Keli
Foto: Twitter

Tular Kisah Pelajar Matrik Dipercayai Kena Kompaun RM1.5K Di Cafe, Ini Jawapan Tan Sri Noor Hisham

Tular satu foto di laman Twitter yang mendakwa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kompaun kerana melanggar SOP kepada beberapa pelajar sebuah institusi pendidikan di Perak.

Menurut perkongsian tersebut, apa yang membuatkan pelajar kesal kerana mereka tidak ke mana-mana sejak semester baru di buka.

Bagaimanapun, tweet tersebut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membuat aduan ini. Isu ini akan diambil tindakan segera.

Diharapkan pengguna laman sosial tidak mengeruhkan lagi keadaan, biar pihak berwajib sahaja jalankan siasatan ke atas kes ini.

 

Sumber: Twitter

Teringin Nak Set Tilam Ala-Ala Hotel 5 Bintang, Ini Tilam Jadi Rebutan Ramai Siap Boleh Try Dulu 100 Hari, Tak Suka Boleh ‘Return’

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang