Siakap Keli
penyanyi

Tular Mural Imej Tak Senonoh: Projek Seni Ada Kelulusan Tetapi MDKS Tidak Secara Jelas Diberitahu Bentuk Atau Mural Yang Akan Dilukis- Polis

Baru-baru ini tular di media sosial tentang sebuah projek seni lukis di dinding Balai Seni Art Gallery di Kuala Selangor yang didakwa memaparkan imej tidak senonoh.

Kes tersebut mencuri perhatian ramai hingga sampai ke pengetahuan pihak polis melalui satu laporan yang dibuat pada 19 April semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati projek tersebut telah bermula pada 12 April lalu oleh Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor.

Jelas Ramli, pihak persatuan tersebut sudah pun membuat permohonan kelulusan projek terlebih dahulu pada Mac lalu dan ianya diluluskan pada 22 Mac baru-baru ini.

“Walau bagaimanapun pihak MDKS tidak secara jelas diberitahu apakah bentuk atau jenis mural yang akan dilukis pada dinding tersebut.

“Siasatan daripada pelukis lukisan tersebut menyatakan bahawa lukisan itu perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan sehingga selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ramli lagi, tiada unsur-unsur mural yang dilukis tersebut (boleh) mencetuskan perbalahan di antara kaum atau menghina mana-mana pihak berkenaan.

Kertas siasatan telah dibuka dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sumber: FB PDRM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'