Siakap Keli

(Video) ‘Celupar’ Ke ‘Celopar’? Tak Sangka, Rupanya Ramai Yang Salah Sebut & Eja Selama Ini

Seperti biasa, pengacara terkenal tanah air yang cukup sinonim dengan penuh kecintaan akan bahasa ibunda, Ahmad Fedtri Yahya baru sahaja berkongsi satu lagi kekeliruan penggunaan perkataan.

Pernah tak kita ungkapkan perkataan ‘celupar’? Celupar biasanya merujuk kepada tindakan menyebut sesuatu perkataan yang kasar, tidak elok dan dianggap ‘kurang ajar’.

Contoh ayat yang biasa digunakan:

  • “Celupar punya budak!”
  • “Mulut kau tu jangan celupar sangat, mak cili nanti,”
  • “Jagalah lisan daripada berkata perkataan yang tidak beradab dan celupar,”

Tahukah anda, sebenarnya ejaan perkataan ‘celupar’ itu sendiri silap. Selama ini kita menulisnya dengan istilah ‘celupar’, walhal ejaan sebenarnya ialah lain. Jom ikuti perkongsian Ahmad Fedtri ini.

Jika merujuk kepada terjemahan perkataan Bahasa Melayu di portal Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kita tidak akan menjumpai tafsiran perkataan ‘celupar’.

Tak percaya? Cuba buka halaman portal DBP dan tulis ‘celupar’ di ruangan carian. Nescaya anda tidak akan jumpa terjemahannya.

Namun jika anda mengubah carian dengan menggunakan ejaan ‘celopar’, barulah terjemahannya akan keluar seperti di bawah.

Dan apa yang ditunjukkan di bawah ini adalah tafsiran sebenar tentang perkataan celopar. Baru tahu kan?

Jadi selepas ini, ubahlah penggunaan ejaan daripada celupar ke celopar. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Sumber: Twitter / DBP

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'