Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Bersejarah, NASA Berjaya Terbang Dan Daratkan Mini Helikopter Di Marikh

NASA mengesahkan bahawa sebuah helikopter mini, Ingenuity telah berjaya diterbangkan setinggi tiga meter di Marikh pada Isnin dan pencapaian ini sekali gus telah mencatat sejarah kerana berjaya terbang di sebuah planet di angkasa lepas.

Helikopter mini seberat 1.8kg yang terbang selama 39.1 saat manakala data dan imej yang dirakamkan dari helikopter tersebut dihantar balik ke atena NASA di bumi sejauh 278 juta kilometer.

Selepas menerima data-data daripada helikopter itu, pasukan Ingenuity di Makmal Perejangan Jet di California Selatan telah mengesahkan kejayaan tersebut.

Pasukan Ingenuity akan terus menerima dan menganalisis data-data yang dihantar helikopter tersebut selain merancang misi untuk melakukan penerbangan kedua pada 22 April ini.

Sebelum ini ia ditempatkan bersama kenderaan robotik Perseverance yang mendarat di planet tersebut pada 16 Februari lalu selepas berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, AS dengan roket Atlas V-541, pada 30 Julai tahun lalu.

Misi untuk menerbangkan sebuah helikopter di planet tersebut telah dirancang sejak enam tahun lalu.

Menurut AFP, NASA sepatutnya menerbangkan Ingenuity pada 11 April lalu tetapi ditangguhkan ekoran masalah perisian yang dikesan berlaku ketika ujian dilakukan terhadap rotor helikopter berkenaan.

Namun, masalah tersebut akhirnya berjaya diselesaikan.

Sumber: NASA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)