Siakap Keli

Wanita Tergamam, Dakwa Lihat CCTV Rakam Kelibat ‘Anak Dinasour’ Di Halaman Rumahnya

FLORIDA- Seorang wanita Florida dipercayai melihat seekor anak dinosour meluru ke belakang halaman rumahnya dan berjaya dirakam dalam rakaman litar tertutup (CCTV), kata laporan.

Cristina Ryan berkongsi rakaman tersebut pada Sabtu lepas.  CCTV berjaya merakam makhluk aneh yang melintas di halaman rumahnya di Palm Coast pada jam 3.40 pagi waktu tempata.

“Mungkin saya terlalu banyak menonton Jurassic Park tetapi saya melihat seekor raptor atau dinosour kecil lain!,” kata wanita itu.

Rakaman itu menunjukkan sejenis makhluk yang mempunyai badan yang panjang dan ekor tebal seperti reptilia.

“Ada yang mengatakan ianya burung besar tetapi itu sesuatu yang mustahil. Bayangan ini menampakkan ianya mempunyai kaki depan, jadi tidak mungkin?”

Beberapa orang yang melihat video itu juga memberikan pelbagai spekulasi seperti naga Komodo atau makhluk UFO.

Sumber: New York Post

Atiqah Aliah