Siakap Keli
Gambar via Facebook Nurul Ateekah

Boleh Buat Juadah Berbuka, Wanita Kongsi Resepi Ayam Goreng Tomyam Pedas Hingga Lebih 5.8k Perkongsian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah lebih seminggu umat Islam di Malaysia menyambut Ramadhan. Di bulan Ramadhan ini jugalah ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama bila waktu berbuka.

Bagi yang sudah kekeringan idea untuk memasak juadah berbuka buat keluarga tersayang, mungkin resepi yang dikongsikan ini boleh membantu anda.

Menerusi kiriman Nurul Ateekah di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.., pengguna akaun ini berkongsi resepi ayam goreng tomyam pedas untuk juadah berbuka.

Kiriman ini mendapat 3.4 ribu tanda suka dan dikongsi lebih lima ribu kali setakat ini.

Mungkin ramai daripada kita yang tak pernah dengar juadah ini. Mari kita ikuti perkongsian resepi yang menyelerakan ini.

RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS

Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1 atau 2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai (dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah (tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Serbuk perasa (jika perlu)
Garam dan gula (jika perlu)

CARA MEMASAK
1) Masukkan minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.
2) Minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan tomyam)
3) Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
4) Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
5) Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa (JIKA PERLU) serta gaul rata.
6) Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air setengah cawan. Biarkan ianya mereneh sebentar dan sedikit kering.
7) Angkat dan siap dihidang.

SELAMAT BERBUKA PUASA.

Sumber: Nurul Ateekah via Masak Apa Hari Ni..

Korang yang suka pes tomyam Thailand kaw boleh dapatkan disini

Eyla Azri