Siakap Keli

“Disihir Supaya Bisnes Jatuh,” Wanita Kongsi Kisah Dikhianat Rakan Niaga Sendiri Sehingga Kini Tersenarai 100 Top Young CEO 2020

Dalam meniti kehidupan ini, setiap orang pasti akan mendambakan kehadiran teman atau sahabat di sisi yang boleh menjadi tempat untuk berkongsi segala cerita suka dan duka. Namun, kita juga perlu menghadapi satu realiti iaitu tidak semua ‘sahabat’ betul-betul senang melihat kebahagiaan kita, ada yang tanpa kita sedari sedang merancang untuk ‘menyerang’ dalam senyap.

Terkadang, harga yang perlu dibayar bagi sebuah kepercayaan adalah pengkhianatan dan ia merupakan hal yang paling perit untuk dihadapi. Rasa sakitnya akan kekal menusuk dalam hati yang paling terdalam. Mungkin lebih sakit dari putus cinta.

Bayangkan selama ini telah melalui segala detik bersama tetapi ia musnah disebabkan oleh perasaan hasad dengki dan cemburu.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh Puan Nur Saidatul Akma ini yang menghadapi detik-detik sukar di dalam hidupnya sepanjang perjalanan perniagaannya selepas disihir oleh rakan niaga sendiri yang bersama-sama naik dalam perniagaan yang dijalankan.

Disebabkan perbuatan itu, Puan Saidatul yang mula berniaga dalam talian pada tahun 2015 sebagai agen produk kesihatan terpaksa bertarung dengan emosi yang berada dalam ketakutan dan berlawan dengan gangguan halus disaat perniagaannya sedang berada dipuncak.

Banyak dugaan yang perlu dilalui sepanjang berniaga online, saya kerap terima ancaman dan hasad dengki dari rakan niaga yang lain. Lebih teruk, waktu saya capai tahap tertinggi dalam sesuatu syarikat, saya pernah disihir supaya bisnes saya jatuh. 

Dulu selalu baca dan dengar cerita dari orang lain je, bila jadi pada diri sendiri barulah saya sedar bahawa tak semua yang dianggap rakan itu boleh dipercayai.

Dalam tempoh itu jugak, saya pernah difitnah, dikecam dan dipecat ketika memegang jawatan di HQ kedua syarikat saya bekerja. Itu detik yang paling dikesali kerana saya dah buat yang terbaik sehingga pernah catat jualan RM1 juta sebulan.

Bagai jatuh ditimpa tangga, saya automatik tiada barang untuk dijual yang mana pada waktu tersebut saya mempunyai lebih 1000 anak team dropship, agent, stokis dan leader yang berniaga produk tersebut dibawah saya. Semuanya berlaku atas sebab hasad dengki dan tidak boleh melihat orang lain lebih berjaya.

Kadang- kadang saya rasa sangat penat. Waktu saya diuji sebegitu berat saya rasa mahu berhenti berniaga dan lalui kehidupan yang lebih tenang bersama suami dan anak-anak. Ditambah pulak dengan simpanan saya yang boleh menampung hidup sehingga 10 tahun tanpa bekerja, saya memang rasa nekad nak berhenti. 

Tapi bila saya lihat anak team yang memerlukan saya sebagai leader mereka, saya kalah dan saya ikhtiar juga untuk cari jalan keluar dari setiap masalah.

Disebabkan itu  juga lah saya ‘terpaksa’ jadi seorang founder dan mengeluarkan produk sendiri. Saya nak team saya dapat berniaga dengan tenang dan bahagia tanpa ancaman-ancaman seperti yang saya pernah lalui. Bagi saya, kejayaan terbesar saya adalah melihat kejayaan fighters-fighters yang sentiasa menyokong kerjaya bisnes saya.

Dihubungi SK, Puan Saidatul mengatakan bahawa dia kini bangkit dari segala pengalaman pahit yang dihadapinya. Dia berjaya mengeluarkan produk jenama sendiri melalui syarikatnya iaitu Harqis Empire.

Produk pertamanya iaitu XS PERFECT LOTION telah dikeluarkan pada Ogos 2020 dan diikuti oleh XS PERFECT DRINKS MOCHA DAN LATTE pada Oktober 2020.

Pernah berniaga produk kurus selama enam tahun, dia mengeluarkan produk sendiri hasil dari pengalaman dan mengambil kira kehendak serta mengikut kriteria pengguna-pengguna produk kurus di Malaysia.

Menurutnya, produk XS PERFECT itu mempunyai rekod repeat order yang sangat tinggi. Ada juga yang menjadikan produk tersebut sebagai minuman harian mereka disebabkan oleh kualiti produk yang sangat baik.

“Alhamdulillah batch pertama XS PERFECT MOCHA LATTE yang dikeluarkan sebanyak 20,000 kotak habis dalam masa 1 minggu sahaja,” katanya.

Pun begitu, jalan yang dipilihnya ini juga tidak dilalui dengan mudah, dia pastinya menghadapi persaingan daripada produk-produk kurus yang lain. Tidak kurang juga ada meniru packaging, perisa dan harga produknya. 

“Tetapi saya anggap itu sebagai perkara biasa dan saya hanya fokus kepada menjaga kualiti produk serta terus menyebarkan kebaikan dan kelebihan produk- produk keluaran Harqis Empire,” katanya.

Bercerita lebih lanjut lagi mengenai produknya, dia mengatakan bahawa produk XS PERFECT mempunyai tarikan dari segi kualiti bahan yang digunakan, kesan produk dan packaging. Syarikatnya juga menyokong pelanggan dengan menganjurkan weight loss challenge dan cabutan bertuah pada setiap bulan dengan hadiah-hadiah lumayan. 

Tersenarai dalam 100 Top Young CEO 2020 dan mendapat pengiktirafan Brand Laureate World Best Brand e-Branding Award 2021 in Beverage-Slimming Premix Coffee, syarikatnya pernah merekodkan jualan RM20 juta dalam masa setahun produk dikeluarkan.

Kejayaannya itu mampu dicapai kerana hasil usaha pasukannya yang kini terdiri dari 3000 orang. 

“Kenangan paling best apabila saya dapat melahirkan tujuh orang fighters yang membuat jualan lebih dari RM1 juta serta dua orang dengan jualan hampir 5 juta. Master leader nya pula berjaya mencatat jualan sebanyak RM10juta walaupun menjual produk orang,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mempunyai impian untuk melahirkan lebih ramai usahawan online yang berjaya secara luar biasa bersama Harqis Empire dan mengingatkan bahawa segala kejayaan yang diperolehi bergantung pada usaha yang dilakukan.

“Sentiasa percaya pada proses dan percaya pada diri sendiri. Semua orang boleh berjaya tetapi yang menentukan tahap kejayaan kita adalah diri kita sendiri,” katanya.

Bagi anda yang juga sedang bangkit dan berusaha untuk mencari rezeki, anda boleh cuba untuk menyertai ‘keluarga besar’ Harqis Empire dengan menghubungi talian INI.

Sumber: Nur Saidatul Akma

Sofea

There's always another side to every story