Siakap Keli

India ‘Gawat’, Dilapor Berdepan Masalah Kekurangan Tabung Oksigen Untuk Rawat Pesakit COVID-19

NEW DELHI- Pihak Berkuasa India bergegas mengumpulkan bekalan oksigen perubatan untuk dihantar ke hospital di Delhi. Ianya kerana gelombang kedua COVID-19 merebak dengan pantas.

Kini, India menjadi negara kedua di dunia yang dilaporkan mencatatkan kes COVID-19 tertinggi di dunia. Sekitar 297,000 kes dilaporkan dalam sehari.

Hospital Kerajaan Delhi melaporkan bahawa pihaknya mempunyai bekalan oksigen yang hanya mampu bertahan selama lapan hingga 24 jam sahaja.

Manakala beberapa hospital swasta mempunyai bekalan yang mampu bertahan empat atau lima jam sahaja.

“Kami menghadapi masalah besar bagi bekalan oksigen tetapi kami masih dapat mengawalnya. Semalam keadaan sangat ‘kritikal’,” kata Ronit Kumar, Ketua Kejuruteraan Bioperubatan di Institusi Jantung Fortis Escorts.

Pengisian semula bekalan oksigen dilakukan sebelum subuh hari ini. Bekalan tersebut dapat bertahan untuk seharian.

“Kerajaan pusat dan negeri bersama sektor swasta akan berusaha memastikan bekalan oksigen diberikan kepada mereka yang memerlukan.”

“Kami berusaha meningkatkan pengeluaran dan pembekalan oksigen bagi seluruh negara,” kata Perdana Menteri, Narendra Modi.

Sumber: Channel News Asia

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.