Siakap Keli
Gambar via South China Morning Post

Lelaki Cedera, Telefon Bimbit Dalam Beg Tiba-Tiba Terbakar

Baru-baru ini, tular di media sosial video beg seorang lelaki warga China yang tiba-tiba terbakar dari dalam.

Video 55 saat yang diunggah South China Morning Post ini mendapat lebih 231 ribu tontonan.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dilihat sedang berjalan bersama seorang wanita di kerumunan ramai sebelum beg yang disilang di badannya tiba-tiba terbakar.

Dengan pantas, lelaki itu melepaskan begnya yang terbakar dan menjauhkan diri daripada beg itu sambil memadamkan api yang tertular kepadanya.

Menurut South China Morning Post, lengan, rambut dan bulu mata lelaki tersebut turut tersambar api ekoran kejadian itu.

Kebakaran tak sengaja itu datang dari telefon bimbit yang berada di dalam beg lelaki tersebut, lapor South China Morning Post.

Lelaki itu berkata kepada South China Morning Post, telefon bimbit itu dibelinya pada tahun 2016. Bateri telefon tersebut tidak pernah diganti. Walaupun begitu, dia tidak mengecas telefon tersebut ketika ia terbakar.

Sumber: South China Morning Post

Eyla Azri