Siakap Keli
Kredit: Google

Patutlah Penyanyi Buka ‘Earphone’ Ketika Persembahan, Ini Alasannya

Jika diperhatikan, para penyanyi lazimnya akan memakai peralatan di telinga seakan earphone atau nama sebenarnya in-ear monitor (IEM). Tujuan di sebalik pemakaiannya telah dikongsikan dalam salah satu artikel Siakap Keli sebelum ini.

Antara sebab utamanya adalah untuk membolehkan penyanyi fokus kepada suara mereka dengan menyingkirkan bunyi-bunyi bising ketika konsert berlangsung.

Pun begitu, ada masanya para penyanyi akan membuka peranti berkenaan, salah satunya ketika berkomunikasi dengan para peminat.

BACA: Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini

Menurut My Audio Lover, peranti ini dicipta dengan ciri penyekatan total bunyi dari luar bagi mengelakkan kerosakan pendengaran pemuzik ketika berada di atas pentas. Justeru, penyanyi perlu menanggalkan alat tersebut ketika berkomunikasi dengan penonton agar dapat mendengar suara peminat dengan jelas.

Selain itu, DJ atau pemuzik juga akan membuka peranti IEM ini dari masa ke masa untuk mengatur dan melaraskan tahap bunyi, menghasilkan mix yang diinginkan.

Sekiranya pernah melihat situasi seperti ini, mungkin itulah antara sebabnya. Namun, tidak mustahil sekiranya penyanyi juga mempunyai alasan tersendiri yang lain untuk berbuat demikian.

Sumber: My Audio Lover

BACA: “Tak Sabar Travel Semula”, Tiga Restoran Mesra Muslim di Tokyo Ini Akan Buatkan Anda Rasa Selamat Walau Travel Lepas COVID-19

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

Amira

Love yourself.