Siakap Keli

Semua 6 Kelab Liga Inggeris Dilapor Telah Memulakan Proses Tarik Diri Dari Liga Super Eropah

Kesemua enam kelab dari Liga Perdana Inggeris telah memulakan proses menarik diri dari Liga Super Eropah. Ini berikutan desakan penyokong, pemain dan pengurus pasukan yang rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh pemilik-pemilik kelab.

Selepas mendapat tahu secara rasmi 6 kelab Liga Inggeris termasuk Liverppol, United, City, Chelsea, Arsenal dan Spurs ingin menyertai Liga Super Eropah yang diketuai oleh Florentino Perez, penyokong adalah entiti yang paling kecewa kerana kelab lebih memikirkan keuntungan daripada semuanyaa.

Sebelum itu, 2 hari lepas kecoh di media sosial apabila kebanyakkan kelab-kelab gergasi eropah termasuk Barcelona dan Real Madrid menyatakan hasrat untuk menyertai kejohanan Liga Super Eropah yang dikatakan membawa keuntungan berlipat kali ganda dari Liga Juara-Juara Eropah.

Liga Super Eropah ini akan diasaskan oleh Florentino Perez, Presiden Real Madrid dan 14 lagi pemilik-pemilik kelab pengasas yang ingin menyertai liga baharu ini. Perkara ini ditentang sekeras-kerasnya oleh FIFA, UEFA, Premier League, La Liga dan Serie A.

Sumber: Bleacher Report

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)