Kuali besi merupakan perkakasan memasak yang wajib dibeli. Jika tiada, tak berasap lah dapur nanti. Tetapi, mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa kuali yang baru dibeli perlu ‘dibakar’ terlebih dahulu sebelum digunakan.
Menerusi perkongsian oleh Wan Luqman di Facebook, tips ini adalah bagi mengelakkan kuali daripada berkarat selain masakan yang tidak melekat.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti seperti di bawah di mana keseluruhan proses hanya memakan masa selama 30minit. Hasilnya, kuali yang dibeli akan tahan lama dan menjadikan proses memasak anda lebih mudah. Selamat mencuba!
My third kuali. Baru-baru ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″… Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah. Haha…macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda…
Goreng nasi sambil melambung-lambung nasi tu, goreng telur mata, goreng ikan…memang cantik dan best. Ada ja yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah..
Proses semua makan masa lebih kurang 30-45minit bergantung kepada power api dapur anda. Kander punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner..
Langkah-langkah:
Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu… tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″…saiz 13″ susah sikit nak dapat.
Tapi kuali jenis ni tak ada dah saiz lagi kecil rasanya kat malaysia… 13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasik goreng sorang makan. Harga dia average RM18-23. Tengok kedai dan tempat.
Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak/greasy.
Itu adalah minyak dari kilang… kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan-kesan tu. Biarkan je… jangan sedih pulak kuali calar. Biar kuali calar, jangan muka yang bercalar.
Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar!
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN.
KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.
Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10 minit…
Lepas 10 minit, kita test season. Letak minyak sikit..
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak kat ruang tamu tu!
Test Run… goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke…seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus ke..
Masa ni kander goreng kobis, halia dan bawang putih je pun. Tapi bau dia masyaallah terliur! hehe.
Bila dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah… kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar-tukar, hahah.
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.
Lap-lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali.
Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api… siap. Besok-besok nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali… baru guna. Ini dipanggil pre-season…
Buat 2-3 kali pre-season, InsyaAllah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.
Ni kuali kander yang kedua. Beli ni dulu tak season pun… malas. Bila tak season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih-bersih, bila dah kering dan simpan akan naik karat-karat tu…jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan… haaa gitulah. Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.
Kuali pun kander jaga, apetah lagi hati dinder. Lagi lah dijaga….cewaahhh. Eh?!
Sumber: FB Wan LuQman
Nak senang masak beli kuali disini
Beli sekali set senduk warna warni untuk raya disini