Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI COVID-19: 526 Kes Di Selangor Antara 2,340 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini

Sebanyak 2,340 kes COVID-19 telah direkodkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 381,813 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter miliknya, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 526 kes dan diikuti oleh Sarawak dengan 429 kes dan Kelantan dengan 370 kes.

Manakala, terdapat 1,910 kes sembuh yang telah dilaporkan pada hari ini dengan jumlah kumulatif sebanyak 358,726 kes.

Tidak cuma itu, terdapat 11 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Sabah, empat (4) kes di Sarawak, dan satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak sembilan (9) kes melibatkan warganegara dan dua (2) bukan warganegara. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka.

 

Sumber: DGHisham

Sofea

There's always another side to every story